Pandangan saya terhadap apa tohmahan-tohmahan yang dibuat ke atas Masyarakat Kristian
Saya berharap saya akan dapat memberikan pencerahan supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam apa yang menjadi topik utama yang menyebabkan segelintir NGO menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. D ari perspektif teologi, sebenarnya tidak ada konsep “negara Kristian” pun di kalangan masyarakat Kristian. Sejak “Protestant Reformation" (Reformasi gereja Protestan di abad ke 16 ), doktrin pemisahan antara gereja dan negara ( the doctrine of separation of church and state ) yang diajar oleh Martin Luther, seorang ahli teologi Jerman, paderi, dan tokoh penting dalam Reformation Protestan, telah menentukan pendirian kami. Pasti anda faham erti " Power corrupts ." Oleh kerana ku asa cenderung membawa kepada korupsi, maka gereja dan negara memang tidak boleh disatukan, mengikut Luther. ...