Skip to main content

Mengulas isu 'Menjadi Hannah Yeoh'

I received this interesting comment piece by a Muslim man:


Mengulas isu 'Menjadi Hannah Yeoh'

Oleh Fairul al Qasas


1. Kepercayaan kepada Tuhan. Ini adalah ayat pertama dalam Rukun Negara. Tak disebut Kepercayaan kepada Allah walaupun agama perseketuan bagi Persekutuan Malaysia ialah Islam.( Perkara 3 P.P). Tentunya ia telah mengambil kira kepelbagaian kaum, etnik dan agama di Malaysia. 


2. Perlembagaan yang sama juga memberikan kebebasan kepada mana-mana pihak untuk mengamalkan agama masing-masing secara DAMAI dimana-mana bahagian dalam Perseketuan.


3. Sebagai seorang muslim, saya percaya bahawa saya adalah wakil Allah dibumi berdasarkan firman Allah dalam al-Quran iaitu manusia untuk beribadah (al-Zariyat 56) , khalifah (al-Baqarah 30,Sad 26) memakmurkan bumi (Hud 61).


4. Sebagai 'wakil Allah/khalifah' saya bertanggungjawab untuk berlaku adil, mencegah kezaliman dan memakmurkan bumi sama ada kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


5. Bagi mereka yang bukan Islam, seperti Kristian, Hindu, Sikh dan Budha, mereka juga berhak merasakan bahawa mereka adalah wakil tuhan mereka, sama ada untuk mengamalkan agama mereka, membuat kebaikan dan kebajikan atau menyebarkannya.


6. Tentulah kita sebagai Islam hanya percaya kepada Allah Tuhan yang satu.


7. Begitulah dengan Hannah Yeoh seorang Kristian yang percaya kepada kebaikan agama dia dan menjadi tanggungjawab dia membuat kebaikan dan menyebarkannya.


8. Hannah Yeoh merupakan seorang Ahli Parlimen, bekas ADUN dan bekas Speaker DUN serta berkelulusan undang-undang. 


Oleh itu kenyataan Hanna Yeoh sebagai wakil tuhan (kepercayaan dia) mesti dilihat pada sisi Perlembagaan Persekutuan.


9. Pastinya tindakan Hanna Yeoh adalah berdasarkan kebenaran dalam Perkara 11 dan pastinya juga Hanna Yeoh sedar akan sekatan penyebaran agama lain kepada orang Islam. (11.4 P.P)


10. Oleh itu tulisan Hanna Yeoh sepatutnya dibaca dengan niat baik mengamalkan agama (Rukun Negara - Kepercayaan kepada Tuhan) dan Perlembagaan Persekutuan. 


11. Maksudnya kita sepatutnya faham bahawa Hanna Yeoh sebagai ahli undang-undang  tidak akan mengambil tindakan melawan Perlembagaan itu sendiri. Bila kita baca dengan sangka baik begitu, baru lah kita boleh sampai maksud yang ingin disampaikan secara harmoni.


12. Berbalik kepada Rukun Negara, saya lebih suka rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan dan mengamalkan ajaran agama berbanding dengan Atheis.


13. Mana-mana pihak tidak sepatutnya mencetuskan ketegangan dengan bersangka buruk. Tindakan ini bukan sahaja salah, tapi menyebabkan ketidakharmonian. 


14. Jika buku Hanna Yeoh dianggap cubaan untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Islam, sepatutnya KDN telah mengambil tindakan awal, sekurang-kurangnya dengan meletakkan label pada muka depan buku sebagai bacaan agama Kristian sahaja.


15. Seperti mana kita sedia maklum, PN menjadi kerajaan dari tahun 2020-2022, tetapi menteri KDN PN tidak pula mengambil apa-apa tindakan kepada buku tersebut yang menunjukkan sebenarnya tiada isu terhadap penerbitan tersebut. 


16. Penganut Islam di Malaysia juga tidak wajar sama sekali rasa tergugat dengan seorang Kristian yang patuh, apatah lagi Perlembagaan kita secara jelas memberikan kelebihan kepada Islam sebagai agama perseketuan dan sekatan penyebaran agama lain kepada orang Islam.


17. Perlembagaan juga memperuntukkan YDPA sebagai Ketua Agama Islam. YDPA juga adalah Ketua Angkatan Tentera Malaysia dimana Perlembagaan juga membenarkan kewujudan Askar Melayu Diraja khusus untuk orang Melayu yang merupakan anggota terbesar dalam tentera Malaysia.


18. Berdasarkan semua ini, seorang Islam mesti mengakui yang kedudukan Islam di Malaysia itu terpelihara dan sentiasa dimuliakan.


19. Keraguan kononnya negara ini bakal bertukar menjadi negara Kristian menunjukkan mereka tidak faham perlembagaan, real politic, demografi dan kadar kelahiran dinegara ini.


20. Atau mereka faham, sebaliknya hanya ingin bermain isu untuk memperdayakan mereka yang jahil.


ATADAFA (ambil tahu dan faham)


Terima kasih. 

Jempol

Fairul al Qasas

Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...