Skip to main content

Pandangan saya terhadap apa tohmahan-tohmahan yang dibuat ke atas Masyarakat Kristian


Saya berharap saya akan dapat memberikan pencerahan supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam apa yang menjadi topik utama yang menyebabkan segelintir NGO menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. 


       Dari perspektif teologi, sebenarnya tidak ada konsep “negara Kristian” pun di kalangan masyarakat Kristian. 


        Sejak “Protestant Reformation" (Reformasi gereja Protestan di abad ke 16 ), doktrin pemisahan antara gereja dan negara (the doctrine of separation of church and state) yang diajar oleh Martin Luther, seorang ahli teologi Jerman, paderi, dan tokoh penting dalam Reformation Protestan, telah menentukan pendirian kami. 


        Pasti anda faham erti "Power corrupts." Oleh kerana kuasa cenderung membawa kepada korupsi, maka gereja dan negara memang tidak boleh disatukan, mengikut Luther.


        Jikalau ditanyakan kepada orang Kristian di Amerika, kecuali ahli-ahli politik mereka, saya percaya anda akan mendengar rintihan mereka bahawa Amerika bukanlah sebuah negara Kristian. Kedudukan moral mereka sebagai sebuah negara telah merosot sejak berdekad-dekad lalu, menyebabkan ramai di antara mereka berasa malu dengan keadaan negara mereka.


        Walaupun pengasas Amerika adalah antara mereka yang berpegang kuat kepada ajaran Bible, Amerika tetap ditubuhkan sebagai sebuah negara sekular kerana ajaran doktrin pemisahan antara gereja dan negara.


        Perlu diingat juga bahawa Yesus Kristus sendiri pernah berkata, “Kerajaan-Ku bukan dari dunia ini.”


        Oleh kerana inilah saya merasa tohmahan-tohmahan yang disebut oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak berdasarkan kepada fakta. Ini yang menyakiti perasaan masyarakat Kristian keseluruhannya dan apabila Yeoh dikaitkan secara "implied", ini membangkitkan keperluan Yeoh membela nama baiknya. 


        Sebenarnya, tohmahan-tohmahan sedemikian sudah terlalu banyak dipergunakan oleh mereka yang mempunyai agenda politik 3R, tetapi pihak kerajaan yang seharusnya mengambiil tindakan tegas tidak berbuat demikian, sehingga membawakan sentimen semasa dan perasaan ketidakadilan di kalangan rakyat bukan Islam. 


        Misalannya, pelbagai tohmahan yang dilontarkan terhadap parti DAP yang mengaitkannya dengan parti Komunis adalah juga tohmahan-tohmahan semata-mata. Sebenarnya, ideologi Komunis juga tidak wujud lagi melainkan di negara Korea Utara. 


        Dan pada satu ketika parti DAP di negeri Pulau Pinang juga pernah dikaitkan dengan agenda mengkristianasikan negara Malaysia. 


       Yang anihnya orang yang percaya pada tohmanan-tohmanan ini tidak menggunakan akal dan tidak faham betapa jauh bezanya konsep Komunis dan ajaran Kristian. 


        Lagipun kedua-dua pemimpin Komunis Malaya, Chin Peng dan Che DatAnjang Abdullah telah sudah tidak ada lagi tetapi ada segelintir orang yang masih lagi tersangkut dengan tohmahan-tohmahan zaman dulu apabila mereka berpolitik. Ini sebenarnya tidak produktif sama sekali.


Evangelis atau Evangelikal?


        Saya amat terkilan apabila istilah `Evangelist' disalah-gunakan oleh seorang cendekiawan. Dalam satu perbincangan, saya telah menjelaskan kepada cendekiawan tersebut, Dr Chandra Mustafar bahawa perkataan `Evangelist' itu berlainan erti dengan perkataan 'Evangelical'.


        Penggunaan perkataan yang sama oleh Tan Sri Musa iaitu 'Evangelist' juga membawakan persepsi Tan Sri Musa sendiri tidak faham kedua-dua perkataan 'Evangelical' dan 'Evangelist.' 


        Apa yang mungkin dimaksudkan Tan Sri Musa ialah bahawa Yeoh adalah dari golongan `evangelical,' tetapi mengaitkannya dengan kerja penyebaran ajaran Kristian itu adalah satu kesilapan yang besar. Saya tertawa membaca apabila Tan Sri Musa menyebut bahawa beliau telah membuat selidik-tinjau tentang perkataan 'evangelical.' 


        Perkataan 'evangelical' itu adalah merujuk kepada segolongan Kristian yang berpegang kepada ajaran dalam Bible serta akan merujuk kembali kepada Bible untuk memeriksa sama ada sebarang ajaran yang disampaikan oleh pastor selaras dengan ajaran Bible. 


        Oleh kerana ini, kami juga dikenali sebagai 'Back to the Bible' believers. Kami tidak mengambil kata-kata penceramah sebagai ajaran muktamad, tetapi sentiasa menyemak semula apa yang diajarkan dalam Bible kita.  


        Itu sebab saya merasa amat hampa bagaimana Tan Sri Musa boleh mendakwa bahawa dia telah menjalankan penyelidikan sendiri, terutama sekali dengan tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh segelintir orang yang 'evangelicals' cuba 'mengkristinasasikan negara Malaysia.'  


        Jikalau beliau tidak langsung memahami maksud istilah-istilah yang saya sebutkan di atas, maka pada pendapat saya beliau hanya setakat meluahkan semula maklumat tanpa pemahaman yang tepat. 


        Dalam lain ertikata, dari segi akademik, sumber-sumber yang dikutip dalam penyelidikan beliau itu yang kebanyakannya adalah "secondary sources" bukannya "primary sources", maka ini menimbulkan keraguan bahawa beliau memahami intipati apa yang dikatakannya. 


        (Primary sources adalah buku-buku yang menerangkan ajaran 'evangelical' yang ditulis oleh cendekiawan-cendiakawan 'evangelical' sendiri seperti J.I. Packer, John Stott, Norman Geisler dan sebagainya). 


       Inilah yang membawakan salah faham di kalangan pendengar-pendengar ceramah dan ini seharusnya tidak datang dari seorang yang pernah menjadi Ketua Polis Negara. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman Tan Sri Musa sebagai seorang pegawai polis kanan terhadap masyarakat Kristian yang selama ini mencintai keamanan dan keharmonian (peace-loving). 


        Sebab itulah saya rasa sangat tidak adil apabila Hannah mahupun DAP dituduh cuba mengkristianisasikan negara Malaysia. Pada pendapat saya, Tan Sri Musa perlu merefleksikan kembali tingkah-laku beliau kerana persepsi yang disebarkan itu adalah tidak benar sama sekali.


Erti Sebenarnya 


        Apabila kami berdoa, “Kerajaan-Mu datanglah,” ia merujuk kepada kerajaan yang akan datang sebagai pemenuhan kebenaran eskatologi.


        Doa ini hanya akan termakbul pada hari kiamat apabila waktunya sampai untuk Setan dihumban ke dalam neraka bersama-sama dengan malaikat-malaikat sekutunya. 


        Ajaran ini tidak akan melibatkan sebuah negara tetapi seluruh dunia dan tidak akan dapat digagalkan oleh Setan dan sekutu-kutunya.


       Oleh itu, apa yang disebarkan oleh individu-individu bahawa Kristian di negara ini cuba 'mengkristinasasikan Malaysia' adalah hanya semata-mata tohmahan untuk meracuni masyarakat dan ini adalah amat berbahaya kepada fabrik sosial kita yang berbilang kaum dan agama. 


        Sebenarnya, setahu saya ramai di kalangan masyarakat Kristian di Semenanjung sudah amak muak dengan sesetengah puak ahli politik dan NGO yang sering memainkan politik benci-membenci serta hebat dalam isu-isu agama dan bangsa. 


        Ini adalah antara sebab mengapa kami undi mereka yang memegang kepada Rukun Negara yang sekarang ini sering dilafazkan dalam era Kerajaan Madani. 


        Walaupun ada yang masih lagi menerima wang korupsi dan ingin menjatuhkan kerajaan PMX kerana gementar bila dicekup oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), saya percaya pada PRU akan datang masyarakat Kristian akan terus menyokong pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berpegangkan kepada perangai yang lebih madani (atau 'civilised'). 


        Negara perlu terus maju dan jangan lagi kita ketinggalan kerana politik yang membawakan kebinasaan. Sebagai sebuah negara berbilang kaum, kita seharusnya berganding bahu tidak kira bangsa atau agama untuk membina negara ke tahap menjadi sebuah negara yang maju dan makmur serta dihormati seluruh dunia dan tidak lagi dipandang rendah sebagai sebuah negara kleptokrat atau berasaskan budaya kronisme dan nepostime.





Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...