Pembakaran Kitab Suci Perlu Dikenakan Tindakan Tegas
Rakyat Malaysia yang beragama Islam tergores hati kerana seorang ahli politik di Sweden membakar kitab suci Al-Quran. Di negara Barat, mereka tidak ada undang-undang yang melarang perbuatan keji seumpama ini. Itulah sebabnya kerajaan Sweden sehingga hari ini enggan mengambil tindakan terhadap ahli politik tersebut. Sejurus kemudian, satu pula kumpulan cuba membakar kitab Torah, kitab suci orang Yahudi. Tujuan mereka hanya setakat menunjukkan betapa hipokritnya kerajaan Sweden untuk membenarkan Rasmus membakar Al Quran di depan Kedutaan Turki. Sebenarnya bakar-membakar kitab suci agama orang lain sudah kerap berlaku di dunia yang pelbagai agama dan bangsa. Lazimnya, ini perbuatan pemimpin-pemimpin yang bersifat ekstremis. Mereka hanya ingin mendapat perhatian dari orang ramai. Kemungkinan besar mereka ini mempunyai sakit jiw...