Satu Tauladan Yang Baik: Selesaikan Masalah Secara Madani (Civilised)
INI RINTIHAN seorang Puan Sri apabila diberitahu Seksyen 425 Kanun Tanah Negara juga digunakan dalam kes Gereja St Ignatius, tetapi nasib baik dalam kes ini, seorang rakan saya dapat berhubung dengan pihak atasan dan mendapat perhatian dari Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Kedudukan YAB Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal-hal kerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membolehkan beliau mempengerusikan satu mesyuarat yang, walaupun tanya setengah jam, dapat merangsangkan suasana kerjasama dan perbincangan di antara kedua-dua pihak.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan antara JPS dan pihak gereja yang terdiri dari pakar-pakar peunding (consultants) kejuruteraan dan akitek supaya kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang dapat membawa manfaat kepada semua pihak.
Ruang perlu diberi kepada semua pihak untuk berbincang dalam usaha membangunkan negara yang dapat maju ke hadapan.
Penggunaan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara boleh membawa tanggapan yang salah.
Tauladan yang diberi oleh YAB Datuk Seri Fadillah perlu dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang ingin mara ke kerajaan persekutuan untuk menjadi seorang pemimpin yang disanjung tinggi oleh semua masyarakat.
Dalam kes Un Patrick Khoo yang cedera kerana seorang penjawat awam yang berlaku kasar seperti pepatah kata, "Sudah jatuh ditimpa tangga pula" apabila Seksyen 186 Kanun Keseksaan digunakan ke atas seorang warga mas cuma melindungi anjing yang tiada daya mempertahankan diri kecuali menyerang balik.
Orang awam juga tidak dapat mempertahankan diri mereka sendiri apabila jentera kerajaan digunakan. Ini yang menyebabkan ramai orang marah terhadap penjawat awam.
Oleh kerana isu ini tidak ditangani dengan cara terbaik, ini menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap pihak Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) serta kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kuasa intervensi dalam hal-hal kerajaan tempatan. Ramai yang menanyakan, "Di manakah keinsanan penjawat awam?"
Sekiranya penangkapan anjing liar dibuat dengan cara yang lebih ramah, ramai orang akan faham kenapa anjing liar itu perlu ditempatkan semula serta diberi jagaan baik. Pasti ini akan membawa kegembiraan bukan sahaja kepada Un Patrick Khoo sendiri tetapi kepada orang awam.
Saya percaya Uncle Patrick Khoo akan lawat anjing-anjingnya di tempat simpanan anjing liar untuk berjumpa dengan 'rakan-rakannya.'
Jikalau intervensi dibuat oleh Datuk Bandar dan Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu untuk mencari jalan penyelesaian terbaik, isu ini pasti tidak akan timbul. Penjawat awam yang bersalah perlu diberi teguran dan didisiplin supaya tidak membawa nama buruk kepada pihak MBPJ.
Di sebaliknya, ini memberi gambaran seolah-olah undang-undang digunakan terhadap mereka yang ada belas kasihan kepada anjing - “Man’s Best Friend” - yang tahu siapa rakan mereka yang sebenar.
Secara amnya, mahkamah pun tidak mahu masanya dibuang begitu saja dengan kes-kes sedemikian samada melibatkan kerajaan dengan orang awam. Yang Arif Hakim biasanya lebih suka jika kes itu dapat dibincang di antara kedua-dua pihak dengan penglibatan seorang ahli perantaraan (mediator) untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
Menang Sorak, Kampung Tergadai
Lagipun tidak ada seorang pun yang akan jadi jaguh bak pepatah Melayu, "Menang Sorak, Kampung Tergadai."
Berbalik kepada kes Gereja St Ignatius di Petaling Jaya, di mana risab sungai dibenarkan oleh pihak JPS untuk kegunaan parkir dua belas tahun lalu, mereka sekarang hanya setakat meminta supay diberi cukup tanah untuk menukar parkir berserenjang (perpendicular parking) sekarang kepada parkir bersudut (angled parking).
Memberi ruang 1 - 1.5 m, pihak gereja masih boleh membuat parkir bersudut (angled carpark)
Saya juga berharap kes Puan Sri dapat diselesaikan dengan perbincangan di antara kedua-dua pihak bersama seorang orang perantaraan. Ini akan memberi lebih lebih keyakinan kepada para pelabur pihak swasta untuk melabur di sini.
Saya percaya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri juga akan memilih pemimpin yang lebih diplomatik dalam budi bicaranya serta memastikan mereka dapat menyelesaikan masalah dengan cara terbaik seperti dalam kes ini yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Fadillah.
Kepada setiap orang yang membaca blog ini, saya berharap mereka akan dapat melaksanakan muhasabah diri (self-reflection).
Cerita ini juga boleh dijadikan contoh kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin yang disanjungi rakyat kelak. Janganlah sampai masalah terpaksa dibawakan lagi kepada pihak atasan.
Kalau mengikut pengalaman saya dalam sektor swasta, ia cukup mengajar saya bahawa jika saya yang terpaksa menyelesaikan masalah rakan-rakan sekerja di bawah penyelian saya, ini bermakna mereka belum lagi dapat dinaikkan pangkat. Di disebaliknya rakan sejawat ini mungkin diperlukan lagi.
Akhir kata, jika perlu, saya pun terpaksa memulakan intervensi bila diperlukan. Baru-baru ini saya diperingatkan oleh Datuk Seri Idris Jala yang mengingatkan kami: "Menggunakan jalan penyelesaian yang sama akan hanya membawa hasil (outcome) yang sama."
Comments
Post a Comment