Tauladan Datuk Bandar Petaling Jaya perlu dicontohi/ PJ Mayor is worth emulating

For the English version scroll below to read the text in blue. Perhubungan secara WhatsApp adalah paling mudah untuk rakyat biasa. Perhubungan saya dengan Datuk Bandar MPBJ, Hj. Mohamad Zahri b. Hj. Samingon memberi peransang kepada saya bahawa, bukan saja adanya seorang datuk bandar yang prihatin terhadap rakyat, tetapi pegawai-pegawai serta warga MBPJ juga memberi harapan bahawa Petaling Jaya akan terus maju. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan RIBUAN terimakasih kepada pekerja-pekerja MBPJ yang bertungkus-lumus pagi hari ini untuk memperbaiki satu penutup 'manhole' yang rosak dan merbahayakan kepada motorsikal. Whatsapp ini dikirimkan kepada Datuk Bandar Zahri, dan beliau terus menjawab, "Akan disantuni segera." Whatsapp seumpama ini dapat memberitahu beliau segala masalah di tapak tanpa perlu membuat lawatan ke tapak. Me...