Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...
Comments
Post a Comment