Skip to main content

Gelagat monyet perlu difahami jika ingin cari jalan penyelesaiannya


Okay lah... since some of you want it to be in English, I asked my personal assistant Microsoft Co-pilot to whip up the translation for you. 

https://come-to-senses.blogspot.com/2025/07/to-solve-monkey-problems-get-to.html

 




Ini Vimala Raghawan yang saya kenali dekat satu sessi oleh Selangor & Federal Territory Gardening Society berkenaan dengan penjagaan pokok-pokok oleh rakan saya dan arborist, Nik Ikhmal Fathi. 

Kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPDA), Sultan Ibrahim Raja Malaysia membuat aduan tentang sampah-sampah merata-rata tempat di Jalan Gallagher, hari ini SWCorp bersama Alam Flora memberi taklimat kepada YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mengikut Datuk Bandar Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah  Mohd Shariff, masalah ini adalah masalah monyet mengambil sampah dari tong sampah yang walaupun sudah ditutup, tetapi monyet lihat, monyet buat. Ingat lagi cerita Pak Pandir dan monyet-monyet? 

Di kawasan terpencil seperti Jalan Gallagher ini tidak ada orangramai seperti di bandar. Menjunjung titah Tuanku, Maimunah telah mengarahkan Alam Flora untuk membersihkan tempat tersebut. 

Masalah Monyet 

Kerana masalah monyet, Vimala muncul. 

Saya menjemput diri saya sendiri kerana ini berjumpa dengan Tuan Khalid dan Maimumah yang pernah saya temuduga berkenaan dengan projek hijau beliau lebih 10 tahun lalu semasa beliau menjadi Yang Di-Pertua Seberang Prai. 

Saya juga ingin melihat Sultan Ibrahim walaupun dari jauh buat pertama kali. 

Sebenarnya bukan cara saya untuk "rub shoulders" dengan orang kenamaan. Sejak dari dulu lagi saya sudah berkenalan dengan beberapa menteri seperti Abdullah Badawi, Rafidah Aziz, Chua Jui Meng, Lim Ah Lek, Fong Chan Onn, Anifah Aman, Idris Jala, Paul Low, dan sebagainya tapi tidak pernah saya ambil gambar pun. 

Apabila diberitahu bahawa Tuanku dan Maimunah tidak turun tapak hari ini, tapi menteri sendiri yang akan turun padang, dengan izin Tuan Khalid, saya menjemput Cik Vimala dan minta beliau beri serba-sedikit penerangan berkenaan dengan jalan penyelesaian untuk menangani masalah monyet. 

Vimala mengambil sedikit masa untuk memberi sedikit penerangan berkenaan dengan hasil pemerhatiannya berkenaan dengan tabiat monyet.













Nga mendengar dengan penuh minat dan kata beliau akan teks Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya Cik Vimala boleh cuba membantu DBKL mencari jalan penyelesaian untuk masalah monyet. 

Jika berjaya seperti apa yang disebut sebagai rekod kejayaan di Pantai Hill Park, maka idea Vimala ini yang saya nampak sebagai amat logik boleh digunakan untuk banyak tempat di mana monyet keluar dari habitat mereka untuk mencari makan. 

Oleh kerana saya juga faham Vimala sedang membantu penduduk Bukit Gasing menangani masalah monyet, saya juga telah sarankan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, (mungkin tak lama lagi, Datuk Seri memandangkan sumbangan beliau kepada Petaling Jaya) Tuan Haji Zahri Samingon, dapat membantu dari segi tenaga kerja untuk menanam serta membekalkan pokok-pokok dapat membekal makanan kepada monyet. Hasilnya, kata Vimala, monyet tak akan kacau penduduk Bukit Gasing lagi.

Kalau nak faham tentang monyet, ini memerlukan masa dan pengalaman serta pemerhatian gelagat monyet yang hanya dapat diperolehi jika pakar primat bersama monyet, bukan sekadar membaca journal sains. Pengalaman sendiri dan pakar-pakar lain adalah seperti tangan kiri dan kanan, tiada tepukan jika hanya satu tangan saja. 


Ini dua komen yang saya terima:
Ketua Eksekutif SWCorp Tuan Khalid 

Puan Mahani dari Garden Society of Kuala Lumpur and Selangor 

Konsep Mudah

Vimala ini adalah seorang penasihat undang-undang Kesihatan, Keselamatan dan Hal Ehwal Alam Sekitar, atau ringkasnya HS&EA (Health, Safety and Environmental Affairs), tetapi beliau juga seorang aktivis dengan Garden Society.

Beliau telah membuat kajian tentang kera yang keluar mengacau kediaman manusia. Mengikut Vimala, ini disebabkan habitat monyet-monyet ini sudah diganggu dan mereka kekurangan makanan mereka sehingga mereka terpaksa keluar dari habitat asal mereka untuk mencari makanan.

Untuk primat ini, menghadapi manusia serta kenderaan-kenderaan yang bergerak laju adalah satu faktor tekanan jiwa (stress). 

Jadi logiknya ialah: Pulangkan habitat monyet-monyet ini dengan menamam jenis pokok yang sesuai untuk mereka di satu kawasan yang dikenalpasti. 

Jika sudah cukup makan, monyet tak akan menghiraukan manusia yang cuba memberi makanan. Vimala kata beliau pernah mencabar rakan-rakannya, "Cuba beri makanan kepada monyet-monyet atas pokok mereka yang ini, dan lihat samada mereka akan turun dan ambil makanan yang sesuai untuk manusia saja?" 

Saya tidak tahu jawapannya tapi jika Vimala sudah cabar dan ceritakan pengalaman ini, kemungkinan besar monyet tak akan menghiraukan pisang atau kacang yang diberi oleh manusia. 

Kertas Kerja

Sementara menunggu temujanji seterusnya, saya telah meminta Vimala menulis kertas kerja beliau yang dapat dikongsikan seperti artikel saya dalam journal berkenaan first mile, last mile yang masih dapat dikongsikan kepada mereka yang mempunyai daya keupayaan dan kuasa untuk menjayakannya.

Sebelum pengurusan Sunway membina BRT saya juga kongsikan kepada mereka. Menteri pengangkutan dulu dan sekarang juga pernah dikongsikan. Artikel ini saya cuba viralkan untuk menjadi catalyst dan perangsang untuk sesiapa yang nampak bagaimana kami jayakan shuttle servis kami 20 tahun lalu. Dulu hanya satu van berusia 15 tahun, tapi saya lihat sekarang mereka sudah menggunakan bas 44-seater, bermakna ramai pelajar sudah menggunakan pengangkutan awam. 

Semasa menjalani rawatan di Institut Kanser Negara 10 tahun lalu, saya mendapat manfaat dengan usaha saya. Hospital Putrajaya menggunakan van mereka untuk dijadikan shuttle service seperti apa yang saya pernah buat semasa bekerja sebagai pengarah komunikasi korporat di sebuah institusi pengajian tinggi. 

Saya berharap kertas kerja Vimala ini yang disertakan dengan video dalam Youtube akan memudahkan lagi idea beliau dikongsikan kepada lebih ramai orang lagi di seluruh negara dan di Asia Tenggara, memandangkan masalah monyet ini sudah begitu lama menjadi isu orang-ramai tapi tidak ada jalan penyelesaiannya.

Usaha Bersama NGO

Ini adalah salah satu daripada contoh di mana saya menggalakkan kerajaan bekerjasama dengan aktivis untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian pelbagai masalah. 

Aktivis NGO seperti Cik Vimala ini mempunyai passion dalam sesuatu bidang, yang susah dijumpai dalam penjawat awam. 

Usaha bersama ini penting untuk negara terus maju tanpa kerajaan menghadapi kritikan dari NGO. 

Dari pergaulan saya dengan banyak NGO, hanya segelintir yang berunsurkan politik. Kebanyakan ingin mencari jalan penyelesaian untuk menjaga segala yang diberkati Tuhan Allah, dan masih wajud lagi untuk dinikmati semua. a

Jika anda mengalami masalah monyet -- kecuali `monyet' dalam rumah, itu anda perlu guna rotan -- anda boleh mesej kepada:

viimala@yahoo.com










Comments

Popular posts from this blog

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...

Aduan Sifar: Tauladan Dato' Zahri Samingon menerajui Aduan Sifar untuk MBPJ perlu dicontohi oleh Yang DIPertua Majlis-majlis lain

  Saya amat kagum dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Zahri Samingon. Dalam satu perbincangan ringkas melalui WhatsApp, saya menyuarakan kebimbangan bahawa kesesakan lalu lintas yang ketara berkemungkinan berlaku di persimpangan Jalan 16/11 dan Jalan 17/1 dalam beberapa bulan akan datang. Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa satu lagi jemaah gereja berskala besar akan berpindah ke situ pada bulan Julai, yang hampir pasti akan menambah tekanan di persimpangan yang sedia sibuk tersebut. Dalam perbualan kami menggunakan WhatsApp, saya mengemukakan beberapa cadangan dan menjelaskan satu konsep yang saya percaya beliau sudah pun faham dengan baik, iaitu Zero Complaints (Aduan Sifar). Ini merupakan satu prinsip yang kami pelajari di bawah sistem Excellence Through Quality (EQ) yang diperkenalkan oleh guru kualiti Philip Crosby. Konsep Zero Complaints ini ringkas tetapi sangat berkesan—ia bermaksud bersifat proaktif : menjangka masalah dan menyelesaikannya sebelum ia menjadi isu awa...