Skip to main content

Pokok baharu perlu ditanam bersebelahan dengan pokok yang lama/ New trees need to be planted alongside the older ones

 

Sama seperti manusia, pokok juga menua—dan akhirnya akan mati. 

        Pokok-pokok dalam gambar ini ditanam sekitar 25 tahun lalu. Tanpa anak pokok baharu ditanam bersebelahan, taman ini akan kehilangan kehijauan dalam masa yang singkat.

        Beginilah yang terjadi di Taman Kepong, tempat saya membesar. Puluhan tahun lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan operasi penebangan pokok secara besar-besaran. 

        Banyak pokok telah ditebang sekitar 30 tahun dahulu. Disebabkan kurang perancangan jangka panjang, pokok baharu tidak ditanam bersama pokok lama. Malah selepas penebangan, tiada usaha penanaman semula dilakukan.

        Kini, Taman Kepong dipenuhi tunggul-tunggul pokok. Bayang pokok-pokok itu telah hilang. Tidak banyak pokok yang tinggal.

        Sudah tiba masanya untuk menghijaukan kawasan ini semula. Bagus jika DBKL dapat mengusakahan kerja penanaman pokok-pokok semula di taman perumahan ini— bukan dengan pokok tinggi yang mudah disambar petir, tetapi dengan pokok buah-buahan seperti nangka yang mudah diurus. Ataupun pokok-pokok jenis rendah dan dapat mengindahkan taman perumahan tersebut. 

        Mengapa tidak? Pokok-pokok buah-buahan ini bukan sahaja memberi teduhan dan memperkaya biodiversiti, malah menghasilkan buah tempatan yang melimpah. Dengan rahmat hujan dan cahaya matahari yang kita terima, Malaysia sepatutnya tidak perlu mengimport buah-buahan yang boleh tumbuh subur di sini.

        Mari jadikan Kuala Lumpur sebagai oasis buah-buahan tropika— tempat penduduk tempatan menikmati hasil tuaian, dan pelancong merasai kemanisan kota ini dengan memetik buah yang masak terus dari dahan. 

        Jika penduduk kota takut pokok-pokok buah-buahan ini akan menarik perhatian burung, mereka seharusnya faham bahawa burung hanya akan memakan buah yang terlalu masak. 


ENGLISH VERSION:

Like people, trees grow old—and eventually, they die. The ones pictured here were planted around 25 years ago. Without new saplings planted alongside them, it’s only a matter of time before the park stands bare.

        This is exactly what happened in Taman Kepong, where I spent my childhood. Decades ago, Kuala Lumpur City Hall undertook a massive tree-cutting exercise. Many trees were felled some 30 years back. Due to a lack of foresight, no new ones were planted alongside the ageing trunks. Even after the removal, replanting didn’t happen.

        Today, Taman Kepong is marked by stumps where once there was shade. The trees are mostly gone.

        It’s time to revive the greenery. DBKL can help reimagine the housing estate— not with towering trees prone to lightning strikes, but with manageable, fruit-bearing species like jackfruit.

        Why not? These trees offer shade, biodiversity, and an abundance of local fruit. With Malaysia’s generous blessings of rain and sunshine, we shouldn’t be importing what can thrive here naturally.

        Let’s transform Kuala Lumpur into a true fruit paradise— where locals enjoy the harvest, and tourists savour the sweetness of our city by plucking ripe fruit right from the branch.

        If city dwellers are worried that fruit trees might attract birds, they should understand that birds usually eat only overripe fruits.












Comments

Popular posts from this blog

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...

Aduan Sifar: Tauladan Dato' Zahri Samingon menerajui Aduan Sifar untuk MBPJ perlu dicontohi oleh Yang DIPertua Majlis-majlis lain

  Saya amat kagum dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Zahri Samingon. Dalam satu perbincangan ringkas melalui WhatsApp, saya menyuarakan kebimbangan bahawa kesesakan lalu lintas yang ketara berkemungkinan berlaku di persimpangan Jalan 16/11 dan Jalan 17/1 dalam beberapa bulan akan datang. Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa satu lagi jemaah gereja berskala besar akan berpindah ke situ pada bulan Julai, yang hampir pasti akan menambah tekanan di persimpangan yang sedia sibuk tersebut. Dalam perbualan kami menggunakan WhatsApp, saya mengemukakan beberapa cadangan dan menjelaskan satu konsep yang saya percaya beliau sudah pun faham dengan baik, iaitu Zero Complaints (Aduan Sifar). Ini merupakan satu prinsip yang kami pelajari di bawah sistem Excellence Through Quality (EQ) yang diperkenalkan oleh guru kualiti Philip Crosby. Konsep Zero Complaints ini ringkas tetapi sangat berkesan—ia bermaksud bersifat proaktif : menjangka masalah dan menyelesaikannya sebelum ia menjadi isu awa...