Skip to main content

Cara Gaya Saya Selama Ini

 


Oleh Stephen Ng 

        Cara gaya saya selama ini adalah mudah. 

        Dua siri television THE LEGEND OF LOBO dan INCREDIBLE HULK yang saya ikuti semasa di bangku sekolah lagi sudah mengajar saya berkenaan dengan prinsip hidup untuk bantu menyelesaikan masalah orang lain, dan selepas itu, merayau ke tempat lain. 

        Prinsip yang dipelajari dari siri Incredible Hulk pula adalah kemarahan itu, jikalau kemarahan untuk kebenaran (righteous anger), ianya kadang-kadang diperlukan untuk menegakkan keadilan atau menyelesaikan masalah terutama dengan cara sesetengah pegawai kerajaan menjalankan tugas mereka. 

        Ramai yang tidak faham fikir saya hanya menggunakan cara yang kasar, kesat dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain, atau mengambilkira beban kerja mereka. Mereka lupa bahawa Incredible Hulk pun orang biasa yang peramah, dan saya memang suka bersembang jikalau ada masa lapang.

Faham Apa yang Berlaku Sebelum ini

        Yang kelihatan ini hanyalah SELEPAS beberapa lama saya dibawa berpusing-pusing dalam cara pegawai-pegawai bawahan kerajaan, barulah saya mengambil tindakan untuk membawa perkara yang sama hingga ke pihak atasan. Selalunya pun, saya memberi teguran secara lemah lembut bahawa jikalau masalah tidak diselesaikan dengan baik, saya akan mulakan kempen atau pun perkara ini dibawakan kepada pihak atasan. 

        Misalannya, dalam satu kes di mana sebuah NGO ingin tubuhkan sebuah pusat kuarantin KOVID-19 untuk orang-orang dalam kategori B40. Mereka sudah dapat hotel untuk tujuan ini, tetapi dalam perbincangan selama 3 atau 4 bulan, cadangan satu persatu hotel ditolak oleh tujuh atau agensi kerajaan. Apabila saya terlibat, hotel (semuanya di Kuala Lumpur) yang mereka ada memang dapat disewa dengan kadar yang rendah.

        Lantas, saya pun terlibat dan cuba membantu. Apabila perkara ini diberitahu secara Whatsapp kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah, beliau terus menelefon saya untuk berbincang bahawa Negeri Selangor amat memerlukan pusat kuarantin ini. Lajimnya saya hanya whatsapp kerana tidak ingin mengacau seorang Ahli Exco, tetapi apaibila beliau menelefon, ini bermakna pihak Selangor memang amat memerlukan pusat kuarantin ini.

      Sebuah hotel dekat Sungai Besi ditawarkan oleh seorang Tan Sri, dan seorang Tan Sri lain pun menawarkan blok kedai-kedai yang masih kosong. Ini menunjukkan ramai orang yang amat bersedia membantu pihak Kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah Kovid-19, tetapi agensi-agensi kerajaan masih membuat kerja secara Business-As-Usual. Inilah yang menjadikan saya amat bengang, kerana waktu itu Waktu Kecemasan kerana negara dilanda Kovid varian Delta! Ramai B40 tidak dapat ditempatkan dalam hotel-hotel kerana mereka tidak ada wang membayar hotel-hotel ini. 

   (Untuk saya, selama ini, semua orang adalah "equal" dan bukan kerana gelaran Tan Sri, saya akan cuba nak berbaik-baik (berbodek). Oleh kerana Tuhan memberi saya network yang luas, saya hanya menggunakan network ini untuk menyelesaikan masalah yang biasanya tidak dapat diselesaikan di peringkat bawahan).

Tak Boleh Tahan Mendengar Pelbagai Alasan 

    Sementara itu, saya diberitahu pula bahawa pegawai Kementerian Kesihatan bertempat di Wilayah Persekutuan meminta dua hospital swasta memberi surat indemniti sekiranya mereka ingin menyokong projek ini. 

    Inilah yang menyebabkan saya amat marah. Lantas saya beritahu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham, tetapi beliau enggan menegur pegawai beliau. Inilah masanya saya memulakan kempen. Seorang menteri yang amat prihatin, Datuk Seri Fadillah Yusof, walaupun sebagai Menteri Kerjaraya menghubungi Menteri Wilayah Persekutuan pada waktu itu, Tan Sri Annuar Musa. Tan Sri terus minta DS Fadillah kirimkan nombor telefon beliau untuk saya hubungi. 

        Oleh kerana perkara ini dipengerusikan oleh seorang pegawai kemeterian beliau, dan saya hanya seorang rakyat biasa tanpa gelaran mahupun kekayaan, saya meminta supaya mesej saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada Tan Sri Annuar disampaikan kepada beliau. Pada keesokan harinya, Menteri sendiri yang memanggil mesyuarat, dan semuanya beres, dan pusat kuarantin tersebut terus dapat dibuka untuk golongan B40. 

        Cuma apa yang menghampakan saya adalah, apabila saya merayu untuk keluarga B40, di mana anak dewasa kena Kovid-19, tetapi ibu, isteri dan adik beliau masih tinggal dalam sebuah apartmen yang sempit di Subang Jaya, pihak NGO beritahu mereka tidak boleh menerima B40 dari negeri Selangor. Ini juga menyebabkan saya amat bengang dengan mereka selepas itu, dan dengan izin Tuhan, saya dan beberapa rakan mengeluarkan wang sediri waktu Kovid untuk membayar hotel kos rendah di Subang Jaya untuk menempatkan keluarga ini. 

Kempen terhadap MPS dan lain-lain

        Kempen saya terhadap MPS dan lain-lain pun mengikut "due process" selama dua tahun. Jikalau MPS tida menjalankan tugasannya dengan betul, seharusnya Ahli Majlis, ADUN, Ahli Parlimen, Exco Kerajaan Negeri atau Menteri Besar boleh mengambil tindakan.

        Masalah yang dibangkitkan sehingga sekarang masih tidak dibereskan dengan baik. Apabila ini berterusan, maka gear satu akan masuk gear dua, gear tiga dan seterusnya.

 


Comments

Popular posts from this blog

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...

Aduan Sifar: Tauladan Dato' Zahri Samingon menerajui Aduan Sifar untuk MBPJ perlu dicontohi oleh Yang DIPertua Majlis-majlis lain

  Saya amat kagum dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Zahri Samingon. Dalam satu perbincangan ringkas melalui WhatsApp, saya menyuarakan kebimbangan bahawa kesesakan lalu lintas yang ketara berkemungkinan berlaku di persimpangan Jalan 16/11 dan Jalan 17/1 dalam beberapa bulan akan datang. Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa satu lagi jemaah gereja berskala besar akan berpindah ke situ pada bulan Julai, yang hampir pasti akan menambah tekanan di persimpangan yang sedia sibuk tersebut. Dalam perbualan kami menggunakan WhatsApp, saya mengemukakan beberapa cadangan dan menjelaskan satu konsep yang saya percaya beliau sudah pun faham dengan baik, iaitu Zero Complaints (Aduan Sifar). Ini merupakan satu prinsip yang kami pelajari di bawah sistem Excellence Through Quality (EQ) yang diperkenalkan oleh guru kualiti Philip Crosby. Konsep Zero Complaints ini ringkas tetapi sangat berkesan—ia bermaksud bersifat proaktif : menjangka masalah dan menyelesaikannya sebelum ia menjadi isu awa...