Kenapa Orang Bukan Islam Boleh Terima Nik Aziz, Bukan Hadi Awang?
Nik Aziz Nik Mat seorang tokoh PAS sebelum beliau meninggal dunia tahun 2015. Sebagai pemimpin PAS dan menteri besar Kelantan dari 1990 sehingga 2013, Nik Aziz mempunyai ciri-ciri yang jauh berbeza dengan Abdul Hadi Awang. Kedua-duanya pun adalah ulama dan pemimpin utama PAS, tetapi saya lebih menghormati Allahyarham Nik Aziz. Sikap suka merendahkan diri, beliau disanjung tinggi bukan sahaja di kalangan penyokong-penyokong PAS, malah ramai yang bukan Islam. Perbezaan Dari Segi Persepsi Beliau juga dianugerahkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) pada tahun 2008 sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Sementara itu, pada waktu Hadi Awang sebagai presiden PAS, media Sarawak Report pernah menulis berkenaan dengan penerimaan dana sebanyak RM92 jut...