Skip to main content

Bawa Pulang Tony Pua Bantu Kerajaan




Saya seorang berbangsa Cina, dan seorang pengkritik mantan parlimen Damansara, Tony Pua selama dua tahun kebelakangan ini.

        Walaupun saya menyokong Pakatan Harapan, saya tidaklah seorang penyokong yang buta. Seperti pepatah Melayu, `Buang yang keruh, Ambil yang jernih.'

        Tony Pua mungkin seorang `introvert' (dan kemungkinan besar seorang yang ada kebolehan fungsi tinggi walaupun autistik seperti Encik Jan Chan di Singapura).

        Memang orang sedemikian tidak akan faham tentang pentingnya pergaulan dengan bukan saja orang-orang yang tidak dikenali, malah orang-orang yang dikenalinya.

        Orang-orang sebegini tidak sesuai memegang jawatan di mana pergaulan dengan orang-orang lain amat penting. Sebab inilah saya percaya Tony Pua kehilangan sokongan akar umbi di DAP negeri Selangor.

        Dia juga sedar bahawa ramai pengundi amat keciwa dengan prestasi tugasnya seorang ahli parlimen di kawasan parlimen Damansara. Dia kurang faham bahawa sebagai seorang wakil rakyat, dia perlu bersama dengan rakyat biasa. 

        Oleh kerana inilah saya memang sebelum ini tidak dapat menerima dia terlibat dalam penggubalan dasar kerajaan, MELAINKAN jika Tony Pua lebih banyak bergaul dengan rakyat biasa untuk memahami masalah mereka. 

 Kebolehannya Unggul 

            Credit to whom credit is due. 

            Dalam video ini yang dikongsikan oleh Jan Chan kepada saya, Tony Pua menunjukkan kebolehannya dalam tugasnya sebagai seorang perunding terunggul. 

            Mestilah pemilik-pemilik konsesi dan pemberi konsesi kepada kroni-kroninya tidak suka kepada Tony Pua, tetapi saya percaya kerajaan Sdr Anwar Ibrahim akan dapat memastikan tol dikurangkan, walaupun tidak dapat dihapuskan sama sekali. 

            Oleh kerana Tony Pua, apabila saya ingin pergi ke Kota Damansara dan Subang Jaya, saya sekarang menggunakan NKVE yang lebih murah berbanding dengan tol LDP.  

            Pua cuma perlu berlaku adil kepada pemegang-pemegang konsesi untuk memastikan mereka juga tidak kehilangan keuntungan. 

            Selama ini, rakyat kena membayar tol yang meningkat setiap beberapa tahun samada secara terus mahupun secara tidak langsung kerana kerajaan menggunakan wang pembayar cukai untuk membayar pemegang-pemegang konsesi ini. 

            Dia juga perlu belajar cara berunding yang lebih peramah dalam pergaulannya serta mencari cara penyelesaian lain untuk memastikan pemegang konsesi tidak terjejas dalam perniagaan mereka,  dalam perundingan walaupun tegas. Kerajaan pun perlu mereka yang melabur dalam pembangunan infrastuktur di negara ini. 

            Kita tahu selama ini, tidak ada sebarang perniagaan yang dapat dijaminkan keuntungan besar melainkan pemegang-pemegang konsesi.

             Semua ini tidak diketahui orang ramai kerana dokumen-dokumen diletakkan dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Saya percaya sudah tiba waktunya untuk Akta Rahsia Rasmi ini dipinda untuk memastikan hanya dokumen-dokumen yang sensitif dan berkait dengan pertahanan kedaulatan negara boleh dikelaskan di bawah Akta ini. 

            Sebarang dokumen yang berkaitan dengan perbelanjaan melibatkan wang rakyat perlu diperdebatkan secara terbuka dalam Dewan Rakyat. 

https://come-to-senses.blogspot.com/2022/11/realistiklah-dengan-harapan-kita.html




            


Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...