Skip to main content

Kenapa Orang Bukan Islam Boleh Terima Nik Aziz, Bukan Hadi Awang?

 


        Nik Aziz Nik Mat seorang tokoh PAS sebelum beliau meninggal dunia tahun 2015. Sebagai pemimpin PAS dan menteri besar Kelantan dari 1990 sehingga 2013, Nik Aziz mempunyai ciri-ciri yang jauh berbeza dengan Abdul Hadi Awang. 

        Kedua-duanya pun adalah ulama dan pemimpin utama PAS, tetapi saya lebih menghormati Allahyarham Nik Aziz. 

        Sikap suka merendahkan diri, beliau disanjung tinggi bukan sahaja di kalangan penyokong-penyokong PAS, malah ramai yang bukan Islam. 

Perbezaan Dari Segi Persepsi

        Beliau juga dianugerahkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) pada tahun 2008 sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. 

        Sementara itu, pada waktu Hadi Awang sebagai presiden PAS, media Sarawak Report pernah menulis berkenaan dengan penerimaan dana sebanyak RM92 juta. 

        PAS membawa ketua pengarang Sarawak Report ke mahkamah di United Kingdom, tetapi sebelum perbicaraan bermula, kes itu ditarik balik dan PAS terpaksa membayar gantirugi kepada Brown. 

        Entah kenapa Hadi Awang boleh memberi penjelasan dalam video yang pernah saya tontoni, di mana Hadi memberi ulasan bahawa rasuah itu tidak salah sekiranya penerima dan pemberi setuju 

        Ini amat mengejutkan saya apabila mendengarnya daripada mulut Hadi Awang sendiri, sedangkan sekiranya Nik Aziz, pasti Allahyarham tidak akan setuju dengan Hadi. 

        Dalam jangkamasa 23 tahun sebagai Menteri Besar di zaman Dr Mahathir Mohamad, Nik Aziz tidak sekalipun dituduh menerima rasuah oleh mantan perdana menteri keempat, tetapi jumlah RM92 juta yang dikatakan pemberian dari mantan perdana menteri, Najib Abdul Razak, masih lagi tergantung. Perkara ini harus disiasati oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Perbezaan Dari Segi Akhlak 

        Nik Aziz seorang yang peramah. Sewaktu dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur, beliau menumpang kereta seorang pegawai politik Saudara R. Sivarasa dari parti PKR. Ini di zaman Pakatan Rakyat. 

        Sampai sahaja di tol Gombak, Allahyarham meminta izin untuk turun dekat tol. Tetapi orang yang membawanya yang berbangsa Cina menanya, "Ke mana Tok Guru nak pergi?" 

        Tok Guru bersahut. "Nak pergi mesyuarat. Jangan bimbang. Adalah orang yang mengenali saya dan akan rela membawa saya ke sana."

        Jawapan ini amat kagum dengan jawapan seorang yang bertaraf Menteri Besar. Beliau rela menumpang kereta, dan tidak menggunakan kereta rasmi untuk mesyuarat PAS di Kuala Lumpur. 

        Kerana tidak ingin meninggalkan seorang yang sudah berusia di pintu tol, setiausaha politik tersebut lalu membawa Tok Guru ke tempat mesyuaratnya. 

        Satu cerita lagi berkenaan dengan Tok Guru Nik Aziz yang diberitahu kepada saya oleh 'musuh' politik PAS dari parti Gerakan sewaktu Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan. Pemimpin Gerakan ini yang saya kenali sejak sebelum 2008 bukan seorang Kristian, jadi ceritanya telus. 

        Mantan ahli exco kerajaan negeri ini memberitahu saya bahawa seorang ketua pemimpin Katholik dan rombongannya melawat Kelantan untuk berjumpa dengan Nik Aziz. 

        Sewaktu di hotel, Allahyarham sendiri yang datang berjumpa dengan ketua pemimpin ini. Apabila ditanya, Tok Guru hanya menjawab, "Tuan adalah pelawat, hamba / saya adalah tuan rumah. Tuan rumah harus datang berjumpa dengan pelawat yang dihormati." 

        Pepatah bahasa Inggeris, "Respect begets respect" (atau, maksudnya, kalau anda ingin dihormati, mula dengan menghormati orang lain) menjadi prinsip Nik Aziz amat mengkagumi pemimpin Katholik tersebut. 

Kenapa Dua Insan, Satu Agama dan Sama Parti Tapi Berlainan?

        Ini membuat saya tertanya-tanya kenapa dua insan, satu agama dan sama parti, kenapa seorang disanjung tinggi oleh penyokong-penyokong PAS dan orang-orang bukan Islam, sedangkan seorang lagi, semakin hari semakin banyak tohmahan-tohmahan yang dikeluarkan.

        PAS berpecah-belah di waktu pimpinan Hadi Awang. Mantan pemimpin-pemimpin PAS yang sekarang bersama Pakatan Harapan adalah pemimpin-pemimipin parti Amanah yang lebih berakhlak tinggi seperti Tok Guru Nik Aziz.

        Apabila yang bukan-bukan dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin seperti Hadi Awang, maka lama-kelamaan orang ramai tidak akan percaya lagi kepada PAS lagi.  

        Pihak polis harus menyiasat kedua-dua pihak apabila tohmahan menghasut dibuat oleh Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS, dan sekiranya didapati tidak berasas, mereka seharusnya dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. 

        Perdana Menteri perlu mengawal dan menstabilkan suasana politik negara terutama sekali selepas pilihanraya umum ke15 dan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sudah pun memutuskan Saudara Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke10. 

https://come-to-senses.blogspot.com/2022/12/refleksi-apa-kesilapan-muhyiddin-yasin.html

 


 


Comments

Popular posts from this blog

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...

Aduan Sifar: Tauladan Dato' Zahri Samingon menerajui Aduan Sifar untuk MBPJ perlu dicontohi oleh Yang DIPertua Majlis-majlis lain

  Saya amat kagum dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Zahri Samingon. Dalam satu perbincangan ringkas melalui WhatsApp, saya menyuarakan kebimbangan bahawa kesesakan lalu lintas yang ketara berkemungkinan berlaku di persimpangan Jalan 16/11 dan Jalan 17/1 dalam beberapa bulan akan datang. Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa satu lagi jemaah gereja berskala besar akan berpindah ke situ pada bulan Julai, yang hampir pasti akan menambah tekanan di persimpangan yang sedia sibuk tersebut. Dalam perbualan kami menggunakan WhatsApp, saya mengemukakan beberapa cadangan dan menjelaskan satu konsep yang saya percaya beliau sudah pun faham dengan baik, iaitu Zero Complaints (Aduan Sifar). Ini merupakan satu prinsip yang kami pelajari di bawah sistem Excellence Through Quality (EQ) yang diperkenalkan oleh guru kualiti Philip Crosby. Konsep Zero Complaints ini ringkas tetapi sangat berkesan—ia bermaksud bersifat proaktif : menjangka masalah dan menyelesaikannya sebelum ia menjadi isu awa...