Skip to main content

Refleksi: Apa Kesilapan Muhyiddin Yasin dan Hadi Awang?



Pada lazimnya, gereja tidak mahu terlibat dalam hal-hal politik atas tiga sebab:

1) ini bukan mandat dalam Alkitab untuk mengkristinasikan sesebuah negara.  Sebutan `Kristinasasi' pun kurang wujud dalam buku-buku teologi Kristian. 

Sekiranya ditanyakan kepada orang Amerika Syarikat, mereka pasti akan memberitahu bahawa negara mereka bukan negara Kristian, tetapi negara sekular. Konsep negara Kristian tidak wujud sama sekali selepas Reformasi yang dibawa oleh paderi Martin Luther.

2) "Separation of State and Religion" (Perpisahan antara Negeri dan Ugama) adalah doktrin gereja semenjak Reformasi. Sesiapa yang masih ingat negara-negara Eropah ini negara-negara Kristian atau Katholik memang masih dalam zaman feudal.  

3) dalam gereja di Malaysia ada yang sokong Barisan Nasional, ada yang sokong Pakatan Harapan. Kami dilarang membawa politik ke gereja kerana ia adalah untuk ibadat bersama, bukannya untuk tujuan politik. 

        Sesiapa yang membawa politik ke gereja akan ditegur serta-merta. DUMC yang baru-baru ini mengadakan satu majlis bertemu calon-calon PRU15 memberi peluang kepada wakil-wakil dari semua parti memberi ulasan manifesto mereka. Ia diadakan di sebelah malam, kerana di sebelah pagi, lazimnya adalah waktu ibadat bersama.


Kesilapan Muhyiddin dan Hadi Awang Kali ini

        Walaupun penjelasan saya di atas memang benar, tetapi kenapa kali ini ramai dari Sarawak dan juga Sabah mula bersuara apabila kerajaan negeri mereka ingin bergabung dengan PN untuk membentuk kerajaan persekutuan?

        Ada dua sebab yang saya nampak dengan jelas. Pertama ialah kerana mereka tahu cara politik Pas. 


       Yang kedua adalah video Muhyiddin diwarwarkan oleh cybertrooper entah dari PN atau PAS, kerana apabila saya menerimanya, ia pun sudah dibuka oleh puluhan ribu orang.

        Video kedua inilah yang membawa kebimbangan kepada rakyat Sarawak. 

        Sebagai seorang calon Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin tidak seharusnya memainkan isu perkauman mahupun ugama demi untuk meraih undi. 

        Lagipun tohmahan Muhyiddin tidak berasas. Sejak bila orang Yahudi dan orang Kristian bergabung untuk mengkristinasasikan Malaysia? Orang Yahudi ada agamanya sendiri, iaitu Judaism, yang amat berbeza dengan kepercayaan Kristian. 

        Tomahan ini seolah-olah dua agama misalannya ugama Hindu dan ugama Krisitian, di mana penganut-penganut ugama Hindu dituduh bersama Kristian cuba `mengkristinasikan' Malaysia. 

        Bukankah Yahudi ada ugamanya Judaism yang tidak boleh bergaul langsung dengan kami yang memegang kepercayaan sebagai orang Kristian? 

        Jadi bagaimana pula Yahudi boleh bersama untuk mengkristinasikan Malaysia? Ini menyebabkan kami di Semenanjung marah juga dengan tohmahan-tohmahan sedemikian yang langsung tidak masuk akal, terutama sekali dari seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri.  

         Cuba bayangkan diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang hidup harmoni di negeri Sarawak. Samada Kristian mahupun bukan Kristian, mereka ingin cara hidup mereka dikekalkan dan seperti pepatah kata mereka `bukan seperti di Malaysia Barat.'  

        Persoalan mereka: Apa akan terjadi sekiranya Perikatan Nasional menjadi kerajaan persekutuan sekali lagi di mana parti PAS menjadi parti paling dominan dan bukannya parti Bersatu? 

        Sudah pasti rakyat Sarawak mengeluarkan kenyataan meminta Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menyokong PN.  Ini kerana sebagai pengundi, mereka tidak mengundi sebuah kerajaan yang kurang prihatin kepada suku bangsa dan ugama orang lain. 

        Belajarlah dari kesilapan ini. Seperti disahut oleh Saudara Anwar Ibrahim, `PM is PM for all Malaysians' (Perdana Menteri adalah Perdana Menteri semua rakyat Malaysia).

        Inilah sebabnya Anwar diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat pelbagai kaum apabila Baginda Seri Paduka DiPertuan Agong serta Majlis Raja-Raja memutuskan Saudara Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

 https://come-to-senses.blogspot.com/2022/11/kenapa-orang-bukan-islam-boleh-terima.html

Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...