Skip to main content

Dapatkah Gabungan Parti Sarawak bersama Muhyiddin Yasin dan PAS?

 



        Di Malaysia Barat, selepas saja video Muhyiddin Yasin diwarwarkan menyebut tentang agenda Yahudi dan Kristianisasi, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) terus mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan dengan komen-komen mantan perdana menteri tersebut.

        Sebagai seorang ketua Perikatan Nasional (PN) yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, komen tersebut adalah amat tidak sensitif langsung terhadap rakyat berbilang kaum dan ugama.

        Sekiranya ingin meraih undi orang Melayu, Muhyiddin perlu sedar bahawa komen-komen beliau yang tidak berasas sebegini adalah sangat merbahaya dan akan menyinggungkan perasaan pengundi-pengundi terutama sekali di Sabah dan Sarawak. 

        Kemungkinan besar kerana komen-komen sebeginilah yang menyebabkan ramai juga orang Kristian yang pada awalnya berniat mengundi calon-calon PN di kawasan bandar, tetapi tidak terjadi sehingga menyebabkan beberapa calon PN terkandas. 

Manifesto dan bukannya Isu Kaum dan Ugama 

        Saya difahamkan bahawa laporan polis sudahpun dibuat, dan Sdr Rafizi Ramli telah berjanji akan mengambil perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Umum. 

        Seharusnya Muhyiddin sedar bahawa isu kaum dan ugama tidak boleh digunakan di negara seperti Malaysia, di mana keharmonian rakyat berbilang kaum dan ugama selalu diberi keutamaan. 

        Majoriti Bumiputra di Sarawak, dan sebahagian besar anak-anak Sabah juga berugama Kristian pasti tersinggung terhadap komen-komen Muhyiddin. 

        Dua versi video yang diterima menunjukkan adanya usaha menggunakan komen tersebut untuk mendapat undi Melayu Islam, sementara yang satu lagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap Muhyiddin. 

        Ini tidak memadai seorang calun Perdana Menteri. Kempen menggunakan isu perkauman dan keagamaan sudah menyebabkan pengundi sekalian muak dan tidak dapat memberi kepercayaan kepada sesiapa yang ingin menjadi perdana menteri untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 


        Berbandingkan di Malaysia Barat, di kedua-dua negeri Borneo ini, nilai murni kejiranan adalah kuat walaupun ugama orang Sabah dan Sarawak boleh berlainan walaupun dalam keluarga yang sama. 

        Kerana komen-komen ini, Muhyiddin sebenarnya tidak layak lagi menjadi seorang perdana menteri untuk rakyat berbilang kaum. 

        Daripada berita yang tersiar, kenampakan impak tersebut terhadap tindakan Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg terutama sekali dari segi perkongsian kuasa dengan parti PAS yang tidak dapat diterima di negeri Sarawak. 




        Ini mungkin akan menjejaskan juga kedudukan GPS di kalangan penyokong-penyokong mereka. Walaupun PAS cuba membuat kawalan kerosakan, adakah pemimpin PAS fikir orang Sabah dan Sarawak mudah diperdayakan? 

        Saya faham kenapa mereka sekarang memilih Sdr Anwar Ibrahim yang dalam ceramah beliau menyakinkan rakyat bahawa beliau akan menjaga hal-ehwal agama Islam, agama rasmi, tetapi hal-ehwal orang-orang bukan Islam tidak akan diketepikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Amanah adalah PAS yang lebih Moderat

        Apabila Pas berpecah, ramai pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong mendiang Tok Guru Nik Azmi Nik Aziz seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan sebagainya telah keluar PAS untuk menubuhkan parti Amanah.

        Pemimpin-pemimpin Islam dari Amanah lebih moderat berbandingkan dengan mereka yang tertinggal dalam PAS sekarang. Sebagai pemerhati politik tempatan, saya percaya orang-orang Sabah dan Sarawak lebih memberikan kepercayaan kepada Amanah sebagai sebuah parti Islam yang tahu apa ertinya saling hormat-menghormati.



Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...