Skip to main content

Mahiaddin, Negara Jangan Dibinasakan

 


Negara sudah semakin papa dan hancur di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin sebelum ini. 

        Menganiayai mandat rakyat pada PRU14, beliau yang nama sebenarnya Mahiaddin dilantik menjadi Perdana Menteri. Selepas saja PRU15, apabila diminta oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (SPDA) untuk membina sebuah kerajaan perpaduan, beliau enggan menjunjung kasih titah Tuanku serta meninggalkan istana serta-merta. 

        Mahiaddin tidak sepatutnya merajuk kerana ini titah Tuanku untuk memastikan kerajaan yang stabil boleh ditubuhkan dan bukannya kerajaan syok sendiri yang hanya bermaharajalela 17 bulan sementara kerajaan Ismail Sabri Yaakob hanya 15 bulan. 

        Dalam tempoh lebih kurang 4 tahun, kita sudah melihat tiga perdana menteri. Cukuplah, Mahiaddin dan Hadi Awang! Kerajaan Perpaduan sudah ditubuhkan, mulalah sekarang bekerjasama untuk membangunkan negara.

Mahiaddin Menolak Titah Tuanku

        Oleh kerana itulah SPDA meminta pemimpin Pakatan Harapan yang memenangi 82 kerusi berbanding dengan Perikatan Nasional dengan 73 kerusi, Anwar Ibrahim membina kerajaan perpaduan bersama dengan parti-parti lain.

        Ini juga adalah mandat rakyat yang mengundi Pakatan Harapan selama ini. Ini juga satu-satunya kerajaan yang inklusif dengan adanya seorang Timbalan Perdana Menteri dari Malaysia Barat sementara seorang lagi bukannya dari DAP, tetapi dari Umno.

        Walaupun Bersatu itu hanya memenangi 31 kerusi berbanding dengan rakan sekutunya PAS dengan 43 kerusi, Mahiaddin masih tidak berpuas hati kerana beliau tidak menjadi Perdana Menteri. 

        Apabila tidak dapat menjadi perdana menteri, beliau enggan pula menjadi Pemimpin Pembangkang; jadi jelas pada pandangan hamba ini, Mahiaddin hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri. 

        Dalam kerajaan perpaduan yang kini dipimpini oleh Anwar Ibrahim, DAP merupakan parti paling banyak kerusi (40, berbanding dengan PKR 31 kerusi), tetapi tidak menjadi masalah pemimpin-pemimpin DAP pun untuk menerima pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri.  

        Malah PKR mempunyai 6 menteri dan seorang perdana menteri, sementara DAP hanya 4 menteri, tapi tidak ada sebarang rungutan pun daripada pemimpin DAP. 

        Bukan itu saja, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Partinya, Anthony Loke  meminta maaf secara terbuka kepada GPS supaya Anwar dapat menjadi perdana menteri demi masa depan negara. 

        Tidak sekali pun kami mendengar pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional mahupun mereka yang sekarang ini dilantik menteri meminta maaf kepada DAP secara terbuka. Hamba ini pun hairan.

        Sebenarnya, dengan prestasi Bersatu dalam PRU15, Mahiaddin tidak sepatutnya cemburu kepada parti lain seperti DAP yang memenangi 40 kerusi dari 55 kerusi yang ditandingi (72.7%), berbanding dengan Bersatu yang sapu sebanyak 87 kerusi yang ditandingi oleh Perikatan Nasional tetapi hanya menang 31 kerusi (35.6%). 

 Bersaralah Mahiaddin 

       Negara semakin dilanda bencana alam dan keadaan ekonomi yang tidak menentu tahun depan. 

        Oleh kerana inilah hamba merayu kepada Mahiaddin supaya undurkan dirilah seperti mantan penasihat Bersatu Dr Mahathir Mohamad. 

        Masanya sudah sampai untuk Mahiaddin duduk diam-diam saja jika tidak dapat membantu mengerumidikan negara ke arah yang betul. 

        Lihatnya apa yang ditertawakan rakyat Marhaen.





Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...