Tidak berbaloi sekiranya kita bermusuhan kerana yang untung itu ahli politik yang korup
Sepatutnya,
Tee boleh membuat laporan polis sekiranya ada sebarang bukti yang kukuh andaikata gereja-gereja sengaja menggunakan Bahasa Melayu sebagai suatu cara
mengkristiankan orang Islam.
Selain
dari itu, beliau tidak patut mencampuri hal ehwal bukan Islam. Ramai di antara
rakan-rakan saya yang beragama Islam pun membuat komen yang sama.
Selain
dari Tee, dua ahli politik lain juga telah menfitnah Menteri Belia dan Sukan,
Hannah Yeoh. Walaupun sebagai seorang Kristian, beliau akan mengampuni
kedua-dua, tetapi perbuatan mereka ini masih perlu diambil tindakan mengikut
undang-undang.
Ini
adalah kerana Allah yang maha pengasih itu adil dan telah menubuhkan pelbagai
institusi untuk menjaga keamanan negara berbilang kaum ini. Sebarang
perbuatan yang mengapi-apikan isu perkauman dan agama akan dikenakan tindakan.
Isu Sebenarnya Isu Politik Terdesak
Dipandang
secara menyeluruh, tohmahan-tohmahan ini yang dibuat oleh Tee, bersama dengan
pelbagai lagi fitnah yang diagihkan oleh pemimpin-pemimpin politik terutama
dari pihak pembangkang, jelas ternampak apa yang dirancangkan mereka.
Rakyat
jangan mudah terpedaya. Kami ada kepentingan masing-masing untuk menjaga keamanan dan
keharmonian di negara ini.
Sewaktu negara
dilanda banjir besar dan pandemik Kovid-19, rakyat juga yang menjaga rakyat dan
bukannya ahli-ahli politik yang hanya menjaga kepentingan mereka.
Saya
percaya Perdana Menteri ke10, Anwar Ibrahim yang disanjung tinggi di
negara-negara Islam sedunia dan juga rakyat tempatan yang bukan Islam, lebih
tegas lagi orangnya daripada mantan Perdana Menteri pertama, Yang Amat
Berbahagia Tunku Abdul Rahman Petra Al Haj.
Anwar sudah menegaskan bahawa beliau ingin melihat mereka yang mengapi-apikan isu
perkauman dan agama dikenakan tindakan setegas-tegasnya. Jadi tidaklah
menjadi satu kejutan sekiranya ramai di antara ahli-ahli pembangkang dan
aktivis-aktivis dikenakan tindakan undang-undang.
Mereka
yang ditangkap dan disiasat akan diberikan proses penghakiman yang memastikan
sekiranya mereka tidak bersalah, mereka akan dilepaskan. Inilah yang dikatakan
proses semak dan imbang di sebuah negara berunsurkan demokrasi.
Oleh
yang demikian, saya mendoakan supaya Perdana Menteri sebagai ketua eksekutif
tidak perlu bertindak tegas, sekiranya ahli-ahli politik penbangkang dapat mengawal lidah mereka
supaya tidak mencetuskan sebarang rusuhan yang tidak diingini.
Ini
kerana ramai di antara kami juga sudah ternampak permainan catur oleh
pemimpin-pemimpin yang ingin menjatuhkan kerajaan perpaduan yang ditubuhkan
oleh Seri Paduka Yang DiPertuan Agong.
Apa yang disebut oleh Tee, saya cadangkan Tee mengulanginya di negeri Johor. Agama harus tidak dipolitikkan kerana ini membawakan nama buruk ke atas diri sendiri juga. Sekiranya ingin membantu mana-mana parti menang dalam pilihanraya pun, jangan fitnah agama orang lain, tapi tunjukkan bahawa sebagai pembangkang, kamu pun sudah banyak menolong rakyat. Pilihan rakyat terpulang kepada mereka dan tidak boleh dipaksa.
Bahasa
Kebangsaaan
Sebenarnya,
Bahasa Melayu, atau lebih tepat lagi, Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan
negara ini. Tidak menjadi masalah untuk saya menyanyikan lagu pujian kepada
Illahi kerana ramai di antara mereka yang datangnya dari Sabah dan Sarawak
telah pun lama menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk memuji Allah.
Apabila
saya menyanyikan lagu tersebut, saya juga amat penuh dengan emosi yang
membawakan persembuhan jiwa kerana selama ini naratif isu bahasa itu dipermainkan
oleh ahli-ahli politik juga sehingga ramai yang ingin menyanyi lagu pujian
kepada Illahi rasa tertekan.
Jadi apa yang disebutkan oleh Tee bahawa orang seumpama beliau tidak adalah mencampuri hal agama lain adalah satu pembohongan yang jelas kelihatan. Membuat fitnah sebegini apabila gereja menggunakan bahasa Malaysia adalah satu-satu cara Tee mencampuri hal ehwal agama lain, dan seperti kata saya, menyebabkan ramai orang Kristian berpaling kepada sebuah kerajaan sepert di bawah Anwar yang lebih saling hormat-menghormati antara kaum dan agama.
Selain
dari menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan, artikel 3(1) Perlembagaan
Persekutuan juga mentetapkan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Perlembagaan
tidak menetapkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang hanya boleh digunakan
oleh umat Islam. Jadi tidak ada sebab munasabah Tee membuat tohmahan-tohmahan
sedemikian.
Berlainan sekiranya Nama Allah dikeji atau dipersendakan dalam gereja dan saya boleh syorkan bahawa ini tidak akan berlaku sama sekali.
Apabila ekstremis seperti Zakir Naik boleh mempersendakan agama lain, jangan pula orang Islam rasa sensitif apabila hujahan-hujahannya pula dipertikaikan oleh pembatas-pembahas agama lain. Sila lihat video ini dan buat kajian sendiri:
Banyak
perkataan-perkataan yang digunakan dalam konteks gereja juga datangnya dari
Timur Tengah. Oleh kerana bahasa Arab dan bahasa Ibrani adalah bahasa-bahasa
serumpun, perkataan-perkataan seperti Elohe, El, Elah dan navi, juga wujud
dalam Perjanjian Lama (Old Testament) yang dikarang dalam Bahasa Ibrani.
Oleh yang demikian, saya meminta supaya perkara berkenaan dengan agama, kaum dan bahasa itu tidak lagi ditunggangi oleh ahli-ahli politik.
Saya ulangi sekali lagi: Sekiranya ingin
menjadi pembangkang yang dihormati rakyat, biar kerja kuat membantu rakyat dan
negara sebelum pilihanraya umum ke16.
————————————////—————
Saya tidak seharusnya setuju tapi sila lihat sendiri apa yang berlaku di Oman, sebuah negara Islam juga yang merangsangkan perpaduan bukan agama tetapi sesama manusia :
Comments
Post a Comment