Skip to main content

Ke Arah Penyelesaian Berhemah: Mengiktiraf Peranan Datuk Dr Fuziah Salleh dalam Isu Subsidi NGO Kebajikan

 


Dalam usaha membina masyarakat yang lebih prihatin dan inklusif, peranan organisasi kebajikan setempat amatlah signifikan. Di Segamat, sebuah badan kebajikan yang telah lama berkhidmat kepada golongan memerlukan terus berusaha sedaya upaya untuk memastikan bantuan tidak terputus, meskipun berdepan kekangan sumber.

Kami ingin merakamkan penghargaan yang tulus kepada YB Datuk Dr Fuziah Salleh, yang berwibawa dan prihatin, yang telah mengambil langkah awal untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan operasi organisasi kebajikan ini. Inisiatif sedemikian mencerminkan komitmen kerajaan Madani yang berwibawa terhadap kesejahteraan rakyat B40, serta kesedaran bahawa keperluan di lapangan, terutama sekali apabila kategori NGO kebajikan yang tercicir dalam perangkaaan polisi subsidi bersasar untuk diesel dan petrol tahun lepas. Perkara ini memerlukan penyelesaian yang praktikal dan tepat pada masanya.

Dalam masa yang sama, kami juga memahami sepenuhnya bahawa setiap keputusan kewangan awam perlu melalui proses penelitian dan pematuhan yang teliti, khususnya demi menjaga kebertanggungjawaban serta ketelusan. Peranan pihak perbendaharaan dalam memastikan setiap peruntukan diurus secara berdisiplin amatlah dihargai dan tidak pernah dipertikaikan.

Namun begitu, kami ingin mengemukakan satu pemerhatian dengan penuh hormat: bagi inisiatif kebajikan berskala kecil dan jelas manfaatnya kepada masyarakat setempat, mungkin wajar diwujudkan sedikit kelonggaran dari segi tatacara atau tempoh pertimbangan, agar bantuan yang bersifat segera tidak tertangguh lebih lama daripada yang sepatutnya.

Organisasi kebajikan seperti Kasih Segamat beroperasi dengan niat yang ikhlas, bersandarkan sukarelawan, dan berfungsi sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan. Setiap kelewatan, walaupun tidak disengajakan, memberi kesan langsung kepdiada mereka yang paling memerlukan — warga emas, anak yatim, bekas penagih dadah, dan keluarga berpendapatan rendah.

Dalam keadaan harga petrol dan diesel yang terus meningkat, penangguhan keputusan sebegini berisiko memberi kesan langsung kepada operasi harian badan kebajikan ini. Dana sumbangan yang sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan setiap penghuni di 12 Rumah Amal di bawah Segamat terpaksa dialihkan bagi menampung kos bahan api yang semakin membebankan. Keadaan ini akhirnya mengakibatkan sekali gus risiko meminggirkan mereka yang sepatutnya dilindungi dalam kerangka ekonomi Madani.

Apabila sudah menunggu enam bulan saya meminta seorang YB yang mempunyai rakannya dalam kementerian kewanganan, baru saya ketahui apa masalah sebenarnya. 



Saya percaya perkara ini sama sekali bukanlah hasrat kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, yang sejak peringkat awal pentadbiran telah memberi penekanan terhadap kesejahteraan golongan berpendapatan rendah dan rentan. Justeru, besar harapan kami, jika dapat dibaca oleh Perdana Menteri, agar isu pentadbiran ini dapat diteliti dan diselesaikan dengan segera, agar bantuan tidak terhenti akibat kekangan yang bersifat teknikal semata-mata.

Beberapa perkara perlu dijawab:

Soalan: Adakah subsidi itu semata-mata untuk kenderaan pengangkutan yang terlibat dalam sektor komersial dan tidak akan diberikan kepada mereka yang berusaha membantu golongan B40 dari segi kebajikan? 



Jawapan: Golongan B40 yang dijaga oleh Kasih Segamat sememangnya termasuk dalam kumpulan sasar di bawah perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun begitu, adalah penting untuk dijelaskan bahawa setiap sumbangan kewangan dan aset yang diterima oleh badan kebajikan ini — termasuk kenderaan yang menggunakan diesel — adalah hasil sumbangan ikhlas pihak swasta, tanpa sebarang peruntukan tetap daripada kerajaan.

Dalam konteks ini, Kasih Segamat sebenarnya memainkan peranan pelengkap kepada usaha kerajaan dengan melaksanakan tanggungjawab sosial yang sejajar dengan hasrat negara untuk tidak meninggalkan golongan yang tercicir akibat kekangan hidup dan keadaan kesihatan. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk dipertimbangkan agar pelaksanaan polisi subsidi bersasar dapat diselaraskan secara lebih inklusif, supaya turut merangkumi badan-badan NGO yang menjalankan kerja kebajikan dan kemanusiaan secara langsung di lapangan.

Sekurang-kurangnya, sokongan dasar seperti ini dapat membantu meringankan beban operasi dan memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar tanpa gangguan.

Soalan: Adakah kepimpinan tertinggi negara tidak mengambil berat terhadap golongan B40 yang berada di bawah jagaan Kasih Segamat?

Jawapan: Kami percaya bahawa kepimpinan negara di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa komited untuk membela kebajikan golongan berpendapatan rendah dan rentan, seperti apa yang kami nampak dalam tempoh 100 hari pertama beliau. Sehubungan itu, kami berpendapat isu yang timbul ini bukan kerana kurangnya keprihatinan, tetapi lebih kepada kekangan kerangka dasar yang ketika dirangka tidak mengambil kira sepenuhnya keperluan badan-badan kebajikan bukan komersial, khususnya rumah amal yang menggunakan kenderaan diesel (mahupun petrol) bagi tujuan kemanusiaan seperti membawa penghuni ke hospital dan urusan rawatan.

Keyakinan ini turut diperkukuh apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Dr Fuziah sendiri telah berusaha selama enam bulan kebelalakangan ini telah membawa permohonan dan isu ini kepada pihak yang berkaitan, yang mencerminkan bahawa perkara ini memang wajar diberi perhatian dan penambahbaikan. Tambahan pula, sebelum ini juga telah ditunjukkan bahawa apabila terdapat kelompok masyarakat seperti nelayan yang tercicir daripada pelaksanaan awal subsidi bersasar, isu tersebut telah ditangani secara segera setelah dimaklumkan kepada PMX, yang mencerminkan jiwa seorang Perdana Menteri yang setiap denyutan nadinya adalah demi kebajikan golongan B40, termasuk memastikan keperluan asas seperti tempat kediaman anggota-anggota berpangkat rendah diberi keutamaan.

Oleh itu, kami percaya bahawa situasi yang dihadapi oleh Kasih Segamat dan badan NGO seumpamanya adalah isu pelaksanaan dasar yang boleh diperbetulkan, dan bukannya satu niat untuk meminggirkan mana-mana golongan. Dengan sedikit penyesuaian polisi, amat diyakini bahawa matlamat asal subsidi bersasar — iaitu melindungi mereka yang paling memerlukan — dapat direalisasikan secara lebih menyeluruh dan adil.

Soalan: Apakah yang dimohon oleh pihak Kash Segamat?

Jawpaan: Dari segi mekanisme subsidi bersasar ini, pihak Kasih Segamat kurang faham, tetapi mereka mengharapkan kerajaan Madani akan memberi memberi kemudahan untuk pam minyak / disel untuk kegunaan van-van mereka yang memaparkan logo Kasih Segamat. 




Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...