Penambahbaikan Prestasi Penjawat Awam itu Penting

Saya dapat memahami sepenuhnya kekecewaan ramai pihak terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaraskan gaji penjawat awam sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Langkah ini diambil dalam tempoh 100 hari pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke‑10 negara, menunjukkan keprihatinan beliau terhadap penjawat awam. 

Saya menyokong keputusan beliau kerana ketika saya bekerja di Union Polymers, sebuah anak syarikat Union Carbide, gaji saya juga telah diselaraskan oleh Pengarah Urusan baharu, Encik S.H. Lee, yang mengambil alih jawatan daripada pengurus besar terdahulu yang telah meninggalkan syarikat untuk menubuhkan Goodmaid Chemicals. Selepas gaji saya diseleraskan pada tahun itu, gaji saya naik sekurang-kurangnya RM1,800. Penyelerasan gaji yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah untuk memastikan gaji penjawat awam itu selaras dengan gaji mengikut pasaran. Walaupun ianya tidak begitu tinggi berbanding dengan syarikat swasta yang kurang dari 200 orang keseluruhan, kerajaan mempunyai 1.5 juta penjawat awam. 

Saya dapat memahami alasan Anwar dan merasakan keputusannya adalah tepat. Namun begitu, ramai rakan saya meluahkan kemarahan terhadap pelarasan gaji tersebut dan menganggapnya sebagai membayar “gaji buta”. Sejujurnya, saya juga faham kekecewaan mereka, kerana kekecewaan itu telah berakar umbi sejak berdekad-dekad akibat kemerosotan dalam perkhidmatan awam kita. Walaupun saya turut berkongsi harapan Anwar untuk melihat lahirnya barisan penjawat awam baharu yang lebih rajin dan komited, saya mendapati bahawa perkara yang paling sukar untuk diubah ialah mindset penjawat awam itu sendiri, terutamanya jika ketua jabatan sendiri langsung tidak menunjukkan keprihatinan.

Saya akan menulis secara ringkas di sini pengalaman peribadi saya dengan ketua-ketua beberapa agensi kerajaan yang pernah saya berurusan, agar setiap ketua pengarah kementerian yang berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya:

(a) Ketua jurutera JKR Cameron Highlands:


Pada bulan Mac tahun ini, saya dan keluarga telah mengunjungi Ladang Teh Sg Palas Boh. Memandangkan Bekas Menteri Kerja Raya yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff, pernah dimaklumkan tentang keadaan jalan masuk ke ladang tersebut yang sempit dan berbahaya, khususnya pada musim cuti, beliau turut meminta perkembangan terkini mengenai keadaan jalan tersebut.

Saya telah memberikan maklum balas kepada beliau melalui gambar dan video berdasarkan pemerhatian peribadi saya. Hasil siasatan lanjut, saya juga mengetahui bahawa hanya kira-kira seminggu sebelum lawatan kami, sebuah kenderaan SUV telah terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter dan dua anggota marin mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Sesiapa yang pernah melalui jalan itu mengetahui bahawa ia sempit dan digunakan oleh kenderaan dari dua arah bertentangan. Pada musim puncak, kesesakan lalu lintas boleh menjadi sangat teruk, dan jika tidak berhati-hati, apabila kenderaan cuba menyelit melalui kesesakan, tayar kereta anda mungkin hanya beberapa sentimeter dari tepi jalan. Seorang pemandu yang kurang berpengalaman, misalnya dengan gear pada Gear Pertama, berpotensi menjadi mangsa seterusnya jika enjin kenderaannya dihidupkan pada saat yang tidak sesuai. Apatah lagi sekiranya terdapat bas yang membawa pelajar sekolah menuju ke Ladang Teh Palas Boh — kita hanya mampu membayangkan berapa ramai nyawa yang mungkin terkorban.

Saya berasa lega untuk melaporkan bahawa di banyak bahagian laluan tersebut, penghadang keselamatan (guard rail) telah pun dipasang.






Pengadang besi yang sudah bengkok ke bawah membawa saya kepada berita kemalangan yang berlaku di sini kurang seminggu sebelum
lawatan kami.


Oleh kerana saya percaya Boh Teh Plantation itu satu tempat tumpuan pelancong yang ingin meminati suasa dingin di Cameron Highlands, saya cuba mengusahakan hal ini demi manfaat orang awam secara umum yang melancong ke sini bersama keluarga mereka. 

Saya telah beberapa kali menelefon pihak JKR Cameron Highlands untuk berbincang dengan ketua Jurutera JKR di sini. Namum selepas dua minggu dan beberapa kali saya telefon, dan tinggalkan nombor telefon saya, namum ketua jurutera tersebut tidak memberi maklumbalas. Saya cuma ingin mendapat tahu apa pelan yang ada, tetapi untuk mendapat panggilan maklumbalas dari pihak JKR Cameron Highlands adalah hanya satu impian yang ditunggu-tunggukan. Selepas dua minggu saya telefon sekali lagi dan bertutur dengan seorang penjawat awam wanita yang sering menggunakan jalan tersebut. Beliau memberitahu saya apa yang telah dibuat oleh JKR selama 10 tahun kebelakangan, dan beliau sendiri tahu jalan ini memang amat merbahaya. Beliau sendiri menulis emel kepada ketuan jurutera untuk meninggalkan nombor telefon saya, namum tidak ada pun sebarang panggilan balik. Kebanyakan masa bila saya telefon, saya akan diberitahu bahawa ketua jurutera berada di JKR Kuantan untuk mesyuarat. 

Tapi takkan telefon bimbit tak ada? Dari mana pun, samada semasa memandu atau dalam tandas, saya tetap akan buat panggilan balik. Kalau itu nombor telefon sendiri, saya gunakan Whatsapp call sahaja sebab ianya percuma. Inilah caranya penjawat awam terutama mereka yang berada di luar bandar jauh dari ibupejabat, dan bagaimana sikap mereka kepada pengadu biasa. Dalam kes saya, saya terpaksa beritahu kepada Timbalan Perdana Menteri sendiri bahawa berkali-kali saya telefon, tapi tidak sekali pun ketua jurutera JKR telefon balik. Dalam Bahasa Inggeris, kita panggil ini panggilan 'Courtesy call.' Tanpa membuat panggilan balik menunjukkan sikap pegawai yang tidak langsung menghiraukan rakyat biasa atau pengadu. 

Dalam kes saya bukan pun saya tinggal di Cameron Highlands, tetapi saya sebagai seorang rakyat yang prihatin cuba menyelesaikan masalah yang sedia ada supaya dapat mengelakkan kemalangan yang mungkin berlaku di Jalan Sungai Palas. Maklumbalas yang saya dapat daripada penjawat awam wanita Melayu lebih bernas dan berguna. Beliau beritahu bahawa memang ada beberapa cadangan yang disediakan oleh Cawangan Lalulintas JKR di ibupejabat, dan ini juga pernah diberikan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang pada ketika itu memegang jawatan Menteri Kerja Raya. 

Masalah di Malaysia ialah apabila seorang menteri baru mengambil alih, segala yang dimulakan oleh mantan menteri sebelum itu tidak lagi diusualkan dan diselesaikan dengan baik. Saya percaya pada ketika ini Menteri Kerja Raya yang baru Datuk Alexandar Nantha Linggi tidak tahu langsung tentang cadangan-cadangan yang diusulkan oleh cawangan trafik JKR. Hasil kajian dan masa yang mereka gunakan untuk membuat cadangan-cadangan itu hanya berakhir dalam tong sampah. Walaupun saya juga telah menulis kepada Datuk Alexander, sehingga kini saya pun tidak mendapat sebarang jawapan daripada pembantu beliau. 

Hanya sekali saya dapat bercakap dengan ketua Jurutera teresebut. Itu pun sudah cukup untuk saya berikan maklumbalas terkini (update) kepada YAB TPM yang prihatin dan ingin tahu perkembangan terkini. 

Apa yang saya diberitahu ialah 
Pengadang besi hanya akan dipasang tahun depan. Bukankah Keselamatan Pelancong asing. 

b) Ketua Jurutera JKR Tapah. 
Dalam perbincangan saya dengan seorang wanita Melayu di JKR Cameron Highlands, saya difahamkan jalan ke Ringlet Cameron Highlands itu memang amat gelap pada waktu malam. Saya juga diberitahu orang tempatan tidak akan menggunakan jalan tersebut pada hari hujan. Jalan itu tidak ada satu pun lampu jalan, sementara jalan selepas itu, kata penjawat awam itu, di bahagian Cameron Highlands, kami memang ada lampu jalan jenis solar. Tak pelu pun guna bekalan tenaga dari TNB. Itu kena pakai dawai yang akan panjang. 

Pada perjalanan kami pergi ke Ringlet pada waktu malam, saya amat terperanjat apabila mendapati jalan tersebut amat gelap. Tidak ada satu lampu tiang pun sepanjang jalan tersebut. Sepanjang jalan itu nampak satu atau dua rumah, tetapi itu saja cahaya yang sedia ada. Dalam keadaan jalan yang begitu gelap, kemalangan mudah berlaku, dan lampu yang memancar kuat dari kenderaan di hadapan juga amat silau.

Dalam keadaan sebegini, saya tidak faham bagaimana penghuni-penghuni di sepanjang jalan ini dapat hidup selesa dan kenapa mereka tidak membuat aduan langsung kepada pihak berkuasa tempatan. 

Saya memaklumkan kepada YAB TPM bahawa saya akan cuba menelefon ketua jurutera JKR Tapah. Berkali-kali saya juga membuat telefon dalam masa lebih kurang tiga minggu ini tetapi tidak satu panggilan kembali dibuat oleh beliau melainkan pagi ini selepas saya memberitahu operator bahawa saya memang sudah naik bengang, dan akan membuat catatan blog ini untuk dibaca oleh Ketua Pengarah JKR dan Ketua Setiausaha Negara supaya mereka tahu apa yang dialami oleh rakayt biasa seperti saya. Tanpa sebarang bayaran untuk panggilan telefon saya, saya rela buat panggilan berkali -kali dan tinggalkan nombor telefon saya, tetapi ketua jurutera langsung tidak membuat panggilan balik. Apabilah beliau buat panggilan kembali hari ini, beliau hanya kata, tidak ada mesej pun yang diberikan kepada beliau. Saya percaya dalam keadaan ini, adalah kambing hitam yang akan dipersalahkan dan pelbagai alasan yang akan diberi nanti.

Tetapi ini jawapan ketua jurutera hari ini:

(1) Kenapakah jalan tersebut tidak ada lampu jalan sementara bahagian Cameron Highlands, mereka membekalkan lampu jalan jenis solar? 

Jawapan: Ada 'technical requirements.' Bukannya semua pemintaan yang dibuat itu akan diberi. Kita kena lihat samada perlu atau tidak, dan samada jalan tersebut memerlukan lampu jalan. 

(2) Soalan: Adakah jalan itu Ir Illa pernah guna sendiri? 

Jawapan: Pernah.

(3) Berapa kali? 
Jawapan : Banyak kali. Kenapa? 

(4) Sudah berapa lama berkhidmat di Tapah?
Jawapan: Kenapa nak tahu? 

(5) Soalan: Saya tanya berapa lama kerana saya nak tahu samada Ir sudah lama atau baru masuk kerja semalam. Kalau sudah lama takkan tak tahu jalan ini amat gelap tanpa lampu jalan. Jadi apakah techincal requirements yang diperlukan. Jangan cakap yang bukan-bukan. Saya guna perkataan yang agak kesat sedikit kerana sudah tidak dapat bertahan, tapi hanya pendekat kata "If you BS saya, saya akan SB you. Sudah 30 tahun saya beruusan dengan penjawat awam.  (Biasanya, saya juga akan sebut: "Kalau penjawat awam itu baik, dia bagaikan permata yang sudah dapat dicari dan amat dihargai dan dipuji. Saya akan guna wang sendiri untuk makan tengahari sambil bersembang bersama. Tapi kalau nak main dengan saya, saya tidak akan teragak-agak membuat aduan yang kuat kepada semua ketua dalam hieriarki.") 

Jawapan: Itu terpulang kepada Encik. Tapi saya sudah menjawab, saya pernah guna jalan itu banyak kali. 

Soalan: Jadi kalau sudah guna berkali-kali adakah jalan itu amat gelap pada waktu malam, atau tidak langsung memenuhi technical requirements untuk lampu jalan? 

Bengang saya nak dengar jawapan beliau lagi tapi saya beritahu kalau Ir sudah lama bekerja di Tapah, dan tidak langsung mengindahkan masalah tempatan sebagai ketua jurutera JKR Tapah, ini bermakna Tuan sudah gagal dalam pencapaian untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ketua jurutera. Kalau penjawat awam di JKR Cameron Highlands pun dapat beritahu saya jalan ini amat merbahaya tanpa lampu jalan dan mereka memang enggang menggunakan jalan tersebut apabila hujan kerana langsung tak dapat lihat jalan, maka Tuan tidak layak jadi Ketua Jurutera di JKR Tapah. 

Saya akan teruskan dengan masalah berkenaan dengan lorong RFID kedua di Plaza tol Sri Damansara di bawah Litrak dan ini perlu diketahui semua bagaimana cara penjawat awam dan pihak swasta konsesi melayan aduan yang diterima. 








Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My heart will go on

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng