Ampun Tuanku, Harap Persembahan Patik yang Ikhlas diterima dengan Hati Terbuka

 


By Stephen Ng 

Tuanku,

Ampuni patik kerana patik ini seorang hamba Marhaen yang tidak ada sebarang pangkat mahupun mempunyai kekayaan walaupun patik hampir di akhir riwayat patik.

Patik terpanggil untuk menulis surat ini untuk meluahkan apa yang terbuku di dada selama ini berkenaan dengan perkembangan politik negara ini di mana perkara yang luarbiasa boleh berlaku seolah-olah kita tidak lagi mendengar hati nurani lagi.

Ya, Tuanku, walaupun PRU ke15 dijalankan musim tengkujuh, ramai rakyat keluar mengundi bersama-sama kerana PRU ini amat penting kepada masa depan negara selepas lebih 60 tahun di bawah Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan di bawah pimpinan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, serta masa yang singkat di bawah pimpinan Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri Yaakob.

Dalam Pilihanraya Umum  (PRU) ke15 baru-baru ini, blok terbesar adalah blok Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PH) sebanyak 73 kerusi.

Sokongan yang diperolehi oleh PH adalah dari pelbagai suku kaum rakyat Malaysia dan patik percaya blok ini padu mendapat undi populariti yang lebih tinggi daripada blok-blok lain. Ini termasuk termasuk PN yang walaupun mempunyai 73 kerusi masih dalam kedudukan kedua paling tinggi dalam jumlah kerusi-kerusi yang dimenangi.

Blok Paling Besar Masuk Akal

Dengan ini, PH sepatutnya diberi peluang untuk membentuk kerajaan dengan gabungan bersama blok-blok yang sedia ada untuk lima tahun seperti yang dipraktikkan di negara-negara berbentuk demokrasi.

Pelawaan ini akan memberi gambaran bahawa Malaysia sebuah negara yang mempraktikkan prinsip demokratik, dan sebarang kesangsiaan yang timbul di mana parti-parti yang dikira telah kalah dalam pandangan rakyat masih boleh membentuk sebuah kerajaan sementara blok yang terbesar yang mendapat mandat rakyat diketepikan.

Apabila parti-parti yang memenangi hanya beberapa kerusi menjadi `kingmaker’, ini akan menyebabkan ketidakstabilan sesebuah kerajaan yang terbentuk sehinggalah kabinet yang dibentuk melampaui batas dan gaji yang dibayar kepada pengerusi-pengerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibayar berpuluh ribu sebulan sebagai ganjaran kerana menyokong seseorang ahli politik menjadi perdana menteri.

Dalam kes Anwar Ibrahim, beliau tidak akan menerima sebarang gaji untuk lima tahun walaupun berkhidmat sebagai perdana menteri.

Masa tidak membenarkan ahli-ahli politik memainkan catur politik mereka, kerana cabaran-cabaran ekonomi yang akan dihadapi tahun depan amatlah besar.

Kegawatan Ekonomi Perlu Mendapat Pertimbangan

Dalam piliharaya umum, Tuanku, kami sebagai rakyat negara ini mengundi mengikut blok yang boleh diharapkan untuk membentukkan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat Marhaen; justeru itu, kerajaan ini dapat menanangani cabaran-cabaran masalah ekonomi yang melanda negara, terutama sekali pada tahun depan.

Pada pandangan saya, negara memerlukan seorang tokoh politik mempunyai karisma dan serba berkebolehan untuk memimpin negara ini ke arah tuju yang dapat mendatangkan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, terutama sekali Bumiputra di Sabah dan Sarawak.

Tidak dapat dinafikan bahawa tokoh ini tidak lain tidak bukan adalah Saudara Anwar yang telah membuktikan kecenderungan beliau dalam usaha membina semula ekonomi negara.

Dalam manifesto Pakatan Harapan terbukti mereka juga yang lebih mementingkan pertumbuhan ekonomi, dan kesaksamaan rakyat berbilang kaum terutama sekali dalam sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Oleh kerana itu, rakyat memberi kepercayaan serta sokongan penuh kepada calun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan ekonomi negara pada waktu-waktu seperti ini.

Ampun Tuanku, patik tidak menentang agama Islam kerana adalah termaktub dalam Perlembagaan Negara bahawa agama Islam adalah agama rasmi, dan Tuanku juga Ketua agama Islam di peringkat negara, tetapi apabila seseorang yang memainkan isu perkauman dan ugama orang bukan Islam, ini membawa kebimbangan terhadap orang-orang bukan Islam di negara ini dan ramai di antara Bumiputra di Sabah dan Sarawak adalah berugama Kristian. Ini terutamanya calun perdana menteri yang dilantik oleh Tuanku untuk memimpin negara berbilang kaum dan ugama.

Sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan berada di Putrajaya, mereka melantik seorang Hakim berugama Islam yang cuba menegakkan keadilan tanpa mengambilkira keturunan mahupun ugama. Tuan Speaker Parlimen juga seorang Islam dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri pun orang Islam. 

Di negeri Pulau Pinang di bawah naungan Tuanku sebagai Ketua Islam dan ditakbir oleh Kerajaan DAP yang kononnya memegang kepada prinsip `komunis' (sedangkan sebelum ini juga di bawah kerajaan Gerakan yang ramai juga orang bukan Melayu), tetapi sumbangan kerajaan negeri kepada masjid-masjid meningkat berbandingkan dengan negeri-negeri lain. Sekiranya DAP ini komunis dan cuba mengkristinasikan negara Malaysia, ini memang satu fitnah yang paling teruk kerana di seluruh dunia, kedua-duanya bertentangan bagaikan `air dan minyak' di zaman perang dingin (cold war).

Saya sebagai seorang Kristian menyokong Sdr Anwar Ibrahim kerana beliau sebagai seorang beragama Islam tidak memainkan isu perkauman mahupun keagamaan di negara ini. Beliau juga tidak menunggangi agama Islam untuk kepentingan politik.  Sekiranya beliau menjadi perdana menteri dan beliau berbuat demikian, saya juga akan mengkritik beliau DEMI NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA. 

Sekiranya saya difitnah atas alasan saya seorang penyokong DAP, saya juga ingin menunjukkan kepada Tuanku bahawa saya juga seorang pengkritik DAP dan PH apabila mereka membuat kesilapan. Semua ini dalam blog saya, dan saya juga pernah dikutuk oleh penyokong-penyokong DAP seolah-olah saya seorang kuda Trojan (Trojan horse).  

Kami inginkan sebuah kerajaan yang mementingkan rakyat dan bukannya mereka yang gilakan kuasa atau kedudukan, samada PH, BN, PN, GRS, GBS mahupun yang `bebas.' 

Sdr Anwar telah menunjukkan bahawa beliau akan menumpukan kecederungan beliau dalam usaha membanteras rasuah serta memperbaiki prestasi takbir urus (good governance) di negara ini. Kerana inilah beliau amat diberi sokongan rakyat jelata serta ahli-ahli politik pelbagai kaum dan agama yang tidak sukakan rasuah. 

  Ampun Tuanku persembahan patik. 



        Ampun Tuanku, inilah yang membawa kebimbangan terhadap pengundi-pengundi kebanyakan Bumiputra Sabah dan Sarawak yang berugama Kristian. 
    

Comments

Popular posts from this blog

Welcome to Jalan Palestin....

Singaporean commentator: "Anwar is making all the right decisions"

Exercise some critical thinking before accusing Hannah Yeoh or the Selangor State Government of nepotism