YAB Datuk Seri,
Ini adalah percubaan untuk memantau kemajuan kerja oleh salah satu majlis bandar raya terbesar di negara ini - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Datuk Bandarnya YBhg Tuan Zahri Samington.
Cubaan mengadu kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memang gagal mendapat hasil yang positif. Kebanyakannya di Selangor tidak langsung peduli untuk menjawab aduan walaupun bergelar, "Yang Berhormat." Sekurang-kurangnya mereka mengarahkan ahli majlis mereka atau pegawai khas untuk cuba menyelesaikan masalah, itu pun tidak berlaku.
Jikalau Kak Wan dapat berbuat demikian, tidak ada sebab kenapa ahli parlimen dan ADUN tidak dapat berbuat demikian.
SISPAA, tapi di mana integritinya?
Lupakan tentang aduan yang dibuat melalui SISPAA, di mana jawapan standard seperti "Penyiasatan sedang dijalankan" (Siasatan sedang dijalankan) atau "Tidak ada bajet tahun ini" (Bajet tidak mencukupi tahun ini), kemas kini kemajuan akan menunjukkan kepada anda cara majlis bertindak balas kepada aduan.
Pada tahun 2022, satu jawapan diberi oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang yang mengatakan Persiaran KIP 2 akan dinaiktarafkan pada tahun 2023. Saya cuma setakat meminta supaya petanda jalan itu dicat semula supaya tidak membazir dan ditukar yang baru kemudian hari selepas berkarat teruk, tetapi selepas dicat, ianya dipindahkan lebih kurang 30kaki jauh dari persimpangan ini (sila lihat gambar di bawah). Sememangnya ini tidak langsung masuk akal. Juruteranya: Ir. Shaiful Nor Aidil B Mohd Jaya.
Sehingga kini, sekarang sudahpun tahun 2024, di mana kerja-kerja penaikan taraf Persiaran KIP 2 ke empat lorong? Dan kenapa YB Gobind Singh Deo selaku ahli parlimen dan YB Pua Pei Ling (ADUN) tidak memantau prestasi kerja MPS walaupun sudah diberitahu masalah kesesakan jalan di situ?
Petanda jalan ini lebih kurang 30 kaki dari
persimpangan asal di mana ianya terletak.
Mereka seharusnya mengikut tauladan yang dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang saya hormati. Atau, Datuk Mandela di Sabah. Orang Sabah dan Sarawak lebih faham erti berkhidmat kepada masyarakat.
Eksperimen
Kali ini, saya telah mengetengahkan beberapa aduan saya secara terus kepada Datuk Bandar MBPJ YBhg Tuan Zahri Samington yang baharu pada Sept 1. Saya berharap beliau akan berusaha mencari jalan penyelesaian dan menjadi satu tauladan yang baik.
Kita lihat sama ada beliau berkesan menyelia kakitangan di bawahnya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, seperti Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang saya kenali sejak beliau sebagai presiden wanita yang pertama di Seberang Perai. Saya pernah mengesyorkan beliau kepada YAB Lim Guan Eng, tetapi selepas itu, saya tidak sedar beliau dipilih sebagai YDP Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Atau beliau akan seperti mantan YDP Majlis Perbandaran Selayang sebelum ini.
Sebenarnya MBPJ mempunyai ramai Datuk Bandar yang bagus sejak zaman Datuk Mohd Nor Badur. Di akhir-akhir ini beberapa Datuk Bandar yang saya tidak ingin sebutkan nama mereka, memang kebanyakannya tidak berhemah terhadap rakyat biasa.
Dan di Kuala Lumpur seperti Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Tan Sri Kamaruzzaman Shariff bagus, tapi seorang lagi Datuk Bandar Datuk Kamarulzaman Mat Salleh sila tanya YB Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri YBM Dr Zaliha Mustafa kenapa tempoh perkhidmatannya tidak dipanjangkan.
EKSPERIMENNYA MUDAH:
1. Dua aduan yang mewakili banyak titik buta (blindspot) yang disebabkan oleh kakitangan MBPJ telah diketengahkan.
(a) Cara pekerja MBPJ suka menanam pohon-pohon sedemikian tidak mengambil kira merbahayanya kepada kenderaan-kenderaan yang ingin keluar dari persimpanang ini. Adakah MBPJ akan memperbaiki dua tempat ini dulu dan cuba buat sedemikian di tempat-tempat lain? Kita pantau.
==================================
1hb September 2024
9hb September 2024
Tidak ada perubahan. Seminggu untuk MBPJ mencabut pohon-pohon ini dan memperbaiki titik buta di sini? Ada lagi banyak titik buta yang perlu diperbaiki oleh bahagian Lanskap. Bila akan siap, ataupun MBPJ tidak peduli sama sekali? Adakah Datuk Bandar sendiri akan memantau kerja-kerja penjawat awam dekat MBPJ seperti mantan pengerusi TNB Tan Sri Ani Arope yang saya juga hormati?
19 September 2024
Masih tiada perubahan
28hb September 2024
SYABAS! Dipuji!
==================================
1 September 2024
(b) Banyak struktur seperti ini dekat Jalan Utara juga menjadi masalah kerana ia adalah blind spot kepada pemandu. MBPJ perlu lebih peka kepada semua ini.
Kemaskini akan dibekalkan bila kami ke situ
19 September 2024
Masih tiada perubahan
Satu lagi maklumbalas dari pengguna-pengguna jalan di sini:
27hb September 2024
Ini amat dipuji… bukan saja di satu tempat tapi di lain tempat juga titik buta ini diperbetulkan.
SYABAS! Dipuji!
Saya perlu memberi kredit kepada YBhg Datuk Bandar yang bukan saja proaktif dalam menangani masalah tetapi juga mengambil kesempatan untuk menunjukkan keprihatinan beliau. Semoga ini menjadi tauladan yang baik kepada semua YDP dan Datuk Bandar, serta pengarah-pengarah yang sepatutnya memberi maklumbalas kepada pengadu mereka. Masalah kecil menjadi perkara besar dan masuk suratkhabar atau terpaksa sampai ke telinga Datuk Bandar, Menteri Besar, Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri dan mungkin juga dibisikkan kepada baginda Sultan ataupun Yang Di-Pertuan Agong, raja Malaysia.
Sebelum ini, saya seorang rakyat biasa, aduan dalam blog saya berkenaan dengan cara orang membuang sampah di merata-rata tempat pernah dibisikkan kepada salah seorang Baginda Sultan yang disanjungi.
Baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan statement akan dibentangkan Akta Pembuangan Sisa Pepejal untuk diluluskan oleh parlimen.
Harap Menteri serta ahli EXCO kerajaan negeri ini lebih peka terhadap aduan orang ramai berkenaan dengan kerajaan tempatan.
Sejak 30 tahun lagi, akhbar Malay Mail banyak menggunakan perkataan “lackadaisical” terhadap Kerajaan tempatan. Menteri ini juga perlu faham tiada negara akan menjadi negara maju jikalau majlis-majlis perbandarannya tidak langsung mengambil inisiatif memperbaiki kemudahan awam SEBELUM aduan dibuat.
Untuk pengurusan yang lebih baik, saya cadangkan Odit dibuat oleh penduduk setempat dan lapuran ini disiarkan secara terbuka dalam laman web. Cadangan saya dibuat sejak tahun 2008 tetapi yang dibuat adalah SISPAA yang tidak efektif. Jika odit dibuat setiap bulan, dan dilaporkan, pihak ahli majlis dan pengarah jabatan tidak ada sebab tidak membuat kerja kerana laporan ini dapat dibaca oleh pihak-pihak atasan termasuklah YAB Perdana Menteri serta orang awam. Perkhidmatan yang diberikan oleh pihak majlis nescaya akan bertambah baik dan segala kemudahan awam akan dalam Tip Top condition.
Selama ini, ramai penjawat awam berselindung di sebalik dinding yang tebal serta membisu sambil mendapat gaji buta.
==================================
2. Penyelarasan lampu isyarat. Dulu kita sering sebutkan "Smart" traffic lights, tapi yang kurang smart itu adalah lampu isyarat yang tidak diselaraskan untuk mengawal trafik. Ini juga bergantung kepada pegawai yang ditugaskan untuk mengurangkan kesesakan. Dua tempat yang dipantau:
(a) Dekat persimpangan antara Jalan 16/11 dan Jalan 17/1.
Trafik menggunakan Jalan 16/11 dari Eastin ke Phileo Damansara memang menyebabkan kesesakan kerana ramai yang mengelak dari membayar tol, tetapi ini tidak bermakna mereka perlu mengalami kesesakan trafik di sini. Cuma perlu panjangkan waktu lampu isyarat di sini untuk menampung kesesakan yang disebabkan oleh:
- Kenderaan yang ingin pusing ke Jalan 17/1.
- Kenderaan yang mengelak dari menggunakan Lebuhraya bertol Sprint
- Kenderaan yang keluar dari beberapa ratus pejabat-pejabat di Phileo Damansara 1-4
- Kenderaan dari Jalan Dato' Abu Bakar yang menggunakan Jalan 16/11
- Kenderaan yang membawa penunggang MRT
- Kenderaan yang keluar selepas waktu gereja pada petang Sabtu dan tengahari Ahad
Masa lampu isyarat bertukar hijau hanya 30 saat untuk Jalan 16/11. Sepatutnya keutamaan perlu diberikan kepada trafik sepanjang Jalan 16/11 kerana trafik dari Jalan 17/1 boleh menggunakan Jalan 17/21, 17/33 dan 17/31 untuk keluar. Waze sering membawa saya mengikut jalan keluar yang lebih mudah dari mengikut Jalan 17/1 semata-mata.
Masalah dipanjangkan kepada Datuk Bandar pada 1hb September 2024. Sebelum ini pegawai JKR juga telah memanjangkan perkara ini kepada pihak MPBJ lebih kurang pada akhir bulan Ogos.
9hb September 2024: Tidak ada perubahan
10hb September 2024:
SYABAS! Dipuji!
Lampu isyarat untuk Jalan 16/11 sudah ditukar dari 30saat ke 60 saat. Ini memang memadai sebuah jalan utama yang digunakan oleh banyak kenderaan termasuk mereka yang ingin pulang ke rumah di Seksyen 17, PJ. Trafik di sini sudah mula berjalan dengan lancar.
==================================
(b) Beberapa lampu isyarat di sepanjang Persiaran Tropicana perlu diselaraskan. Kesesakan disebabkan lampu isyarat tidak cukup panjang dan tidak diselaraskan untuk menampung kesesakan trafik di sini.
Masalah dipanjangkan kepada Datuk Bandar pada 1hb September 2024. Sebelum ini pegawai JKR juga telah memanjangkan perkara ini kepada pihak MPBJ lebih kurang pada akhir bulan Ogos.
Kemaskini akan dibekalkan bila kami ke situ
19 September 2024
Masih tiada perubahan
28hb September 2024
Belum menerima maklumbalas dari penduduk setempat
==================================
3. Aduan tentang lubang yang sudah sebulan lebih dikorek oleh kontraktor tetapi tidak ditampalkan balik. Banyak kerja sedemikian tidak dipantau oleh penjawat awam MBPJ.
1hb September 2024
9hb September 2024
SYABAS! Dipuji!
Ini menunjukkan bukannya semua penjawat awam mempunyai sikap tidak peduli. Tidak memakan pun masa dua jam dah siap! Motorsikal tak jatuh, tayar kereta tak masuk ke dalam lubang.
==================================
4. Laman web mobile MBPJ:
Sebenarnya tidak susah untuk memperbaiki paparan laman web dekat skrin mobile. Paparan di atas desktop dan telefon bimbit berlainan dan pegawai IT di MBPJ hanya setakat perlu buat pelarasan susun atur. Anak saya yang berumur 16 tahun pun boleh buat. Jadi jika dibiarkan begitu saja alangkah malunya ....
1hb September 2024:
9hb September 2024
Masih tidak ada perubahan
19 September 2024
Masih tiada perubahan
22 September 2024
Sehingga kini masih tidak ada sebarang perubahan. Ini amat menghampakan, walaupun perkara ini antara perkara yang paling mudah dan jikalau Pengarah IT sendiri tidak tahu bagaimana memperbaiki Laman web, beliau seharusnya bertanyakan kepada pegawai IT di lain Agensi Kerajaan.
Saya juga telah panjangkan masalah ini kepada Datuk Bandar kali kedua pagi ini.
Kali pertama pada 10 September 2024
Tetapi DB jauh lebih baik dari mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum ini Kamaruzzaman.
Mat Salleh. Sekurang-kurang beliau tanya dan sama-sama kita belajar bersama. Ini nilai murni seorang Datuk Bandar yang peramah dan prihatin terhadap orang awam pelanggan beliau. Untuk lain device, laman web akan terpapar berlainan; jadi perlu buat settings pada laman web untuk berlainan device. Beliau cuba dan beri maklumbalas :
Jam 9:15 pagi ini juga:
SYABAS! Dipuji!
Syabas Datuk Bandar! Atas usaha bersama, kita dapat memperbaiki Prestasi MBPJ. Laman Web dan gambar Datuk Bandar pun sudah menjadi normal.
Comments
Post a Comment