INI RINTIHAN seorang Puan Sri apabila diberitahu Seksyen 425 Kanun Tanah Negara juga digunakan dalam kes Gereja St Ignatius di mana pakar-pakar peunding (consultants) yang terdiri dari jurutera dan akitek mereka cuba memberi cadangan kepada Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) untuk mendapat jalan penyelesaian yang dapat membawa manfaat kepada semua pihak.
Pada mulanya, Seksyen 425 Kanun Tanah Negara digunakan dengan cara keras sebagai 'prosedur' dan tidak memberi ruang untuk membincang secara kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta untuk mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Tingkah laku penjawat awam perlu diperbaiki kerana ini memberi gambaran yang tidak murni berkenaan cara penjawat awam menggunakan kuasa yang sedia ada.
Kuasa perlu digunakan dengan Cara Terbaik
Sama dengan kes Un Patrick Khoo yang cedera kerana seorang penjawat awam yang berlaku kasar serta penggunaan undang-undang tanpa mengambil kira situasi di mana seorang warga mas cuma melindungi anjing yang tiada daya pertahanan.
Seksyen 186 Kanun Keseksaan telah sering digunakan dengan sewenang-wenangnya sehingga ia menjadi 'Standard Operating Procedure' (SOP) dan inilah yang membangkitkan kemarahan orangramai terhadap pihak MBPJ. Di manakah keinsanan penjawat awam?
Sekiranya penangkapan anjing liar dibuat dengan cara yang lebih ramah, ramai orang akan faham kenapa anjing liar itu perlu ditempatkan semula serta diberi jagaan baik untuk menjaga ketenteraman masyarakat di situ. Pasti ini akan membawa kegembiraan kepada Un Patrick Khoo sendiri dan beliau akan lawat anjing-anjingnya di tempat simpanan anjing liar.
Dalam kes Un Patrick Khoo, saya memang amat hampa kerana Kerajaan Selangor mempunyai peluang untuk buat intervensi tetapi mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memastikan cara penyelesaian terbaik digunakan, tanpa kes ini kena dihadapkan ke mahkamah.
Di sebaliknya, ini seolah-olah undang-undang digunakan terhadap mereka yang ada belas kasihan kepada anjing - “Man’s Best Friend” - yang tahu siapa rakan mereka yang sebenar.
Salah Guna Kuasa
Pada pendapat saya, beberapa seksyen undang-undang telah disalah gunakan oleh penjawat awam terhadap orang awam dan menjadi kes memangsakan rakyat biasa menggunakan jentera kerajaan yang sedia ada seolah-olah kerajaan tidak peduli kesengsaraan rakyat, sedangkan yang menggunakan cara ini adalah segelintir penjawat awam yang mempunyai agenda tersendiri.
Dalam banyak kes di mana penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan kemarahan rakyat jelata terhadap segelintir penjawat awam, sepatutnya pegawai Kerajaan atasan perlu mengambil tindakan intervensi.
Apabila rakyat jelata seperti Uncle Patrick Khoo diseret ke mahkamah, ini bukan saja membuang masa mahkamah tetapi sebenarnya tiada sesiapa pun menjadi jaguh!
Pada pandangan saya, di sebaliknya dalam kes Puan Sri ini, semua pihak adalah rugi jika penganiayaan perniagaan pihak swasta berterusan di negeri ini. Pelabur melihat bagaimasa sebuah syarikat yang memenangi banyak anugerah "eko pelancongan."
Dalam kes gereja St Ignatius di Petaling Jaya, di mana TOL untuk tempat letak kereta tiba-tiba ditarik, seramai 12-15 orang dalam "rombongan" untuk menyampaikan notis pertama. Ini bila dipandang orang awam kelihatan seolah-olah ada pertelingkahan di antara dua puak samseng. Penjawat awam perlu perbaiki tingkahlaku mereka.
Pihak gereja hanya meminta supaya perbincangan diadakan dengan cara terbaik untuk mencari jalan penyelesaian yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Walaupun pihak gereja setuju untuk menyerahkan tanah kerajaan ini, mereka juga perlu mencari tempat alternatif untuk parkir mereka kerana sebelum ini tanah gereja juga diperolehi oleh kerajaan persekutuan untuk pembinaan Lebuhraya Puchong-Damansara (LDP).
Setahu saya, mereka hanya meminta satu ke satu setengah meter supaya parkir boleh diorientasikan secara bersudut (angled parking) dan bukan secara berserenjang (perpendicular parking) sekarang.
Sebenarnya pagar yang didirikan oleh pihak gereja adalah perlu dilihat dari segi sekuriti dan mereka memang tidak ada masalah untuk membuka satu jalan masuk untuk kerja 'maintenance' tebing sungai yang diperlukan oleh JPS.
Pihak JPS juga yang memberi kelulusan untuk kegunaan tanahnya untuk parkir kereta. Segala yang dibuat oleh pihak gereja untuk parkir kereta telah mendapat kelulusan dari pihak JPS. Walaupun kelulusan tersebut diberi pada tahun 2012, mereka tidak sekali berdegil.
Oleh kerana ini, jikalau pihak JPS dapat berbincang dengan pakar-pakar perunding kejuruteraan dan akitek dari pihak gereja secara sivil, nescaya ini akan membawakan situasi di mana kedua-dua pihak dapat saling hormat-menghormati.
Kita Perlu Kerjasama Kerajaan serta Swasta
Kadang-kadang penjawat awam serta ahli politik secara am mudah lupa bahawa perniagaan swasta dan orang biasa bukanlah musuh mereka.
Rakyat biasa tidak akan dapat melawan seluruh jentera kerajaan tidak sepatutnya dibuldos (bulldozed).
Oleh kerana itu, ia menjadi satu bentuk penganiayaan dan jika adanya unsur-unsur lain, sebenarnya penjawat awam mungkin boleh juga disabitkan kesalahan jikalau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa. Korupsi itu melingkungi skop lebih besar dari hanya penerimaan wang suap.
Saya juga ingin mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara samada di peringkat Kerajaan Persekutuan, mahupun Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Tempatan, bahawa perbuatan penjawat awam atau ahli politik seumpama ini amat bahaya.
Jikalau mereka ini dapat maju ke peringkat kerajaan persekutuan, dan menjawat kedudukan sebagai menteri, lebih banyak kes penyalahgunaan kuasa mungkin akan berlaku. Akhir kata, negara akan kehilangan daya tarikan untuk menggalakkan pelabur asing datang melabur di Malaysia.
Dalam kes ini, walaupun pihak bawahan dapat menunjukkan kebolehan mereka untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi kerana mereka kurang minat untuk membuat intervensi, mereka kehilangan peluang emas ini.
Nasib baik Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Fadillah Yusof meminta sendiri untuk mempengerusikan masalah ini. Ini juga memberi pemahaman kepada seorang pemimpin negara bahawa adanya masalah tingkah laku penjawat awam yang perlu diperbaiki juga.
Oleh demikian, masa separuh jam untuk mewujudkan suasana perbincangan secara madani (civilised) ini amat berguna dan setiap orang yang membaca blog ini dapat melaksanakan muhasabah diri (self-reflection). Ini juga menjadi contoh kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin yang disanjungi rakyat kelak.
Hidup kerajaan Madani! Jika perlu, intervensi harus dibuat. Baru-baru ini saya diperingatkan oleh Datuk Seri Idris Jala yang mengikatkan kami: "Menggunakan jalan penyelesaian yang sama akan hanya membawa hasil (outcome) yang sama."


Comments
Post a Comment