Selama ini, kerajaan pusat dilihat masih belum menyelaraskan dan mengawal perkembangan sistem pembayaran tanpa tunai yang menggunakan pelbagai kad serta aplikasi telefon bimbit. Keadaan ini menyebabkan pengguna terpaksa berurusan dengan terlalu banyak platform pembayaran yang berbeza. Kebanyakan kad dan e-wallet memerlukan pengguna menyimpan deposit atau baki minimum, sama ada RM10, RM20, RM50 atau RM100. Walaupun jumlah tersebut mungkin kelihatan kecil secara individu, apabila pengguna mempunyai banyak kad dan aplikasi, jumlah wang yang "terkunci" menjadi satu beban kewangan yang tidak sepatutnya ditanggung oleh rakyat. Sebagai contoh, saya pernah membeli kad KTM ketika menggunakan perkhidmatan Komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur. Saya terpaksa membayar RM10 untuk mendapatkan kad tersebut, walaupun hanya menggunakannya sekali sahaja. Selepas itu, baki kredit yang masih ada tidak lagi digunakan dan akhirnya terbiar begitu sahaja. Malah dalam ekosistem Touch 'n Go sahaja...
Click on Malaysiaku, Negaraku above to read more articles on this blog. Please take this as just a blog to let go my feeling of disgust over what I see. Sometimes, I don't even bother checking the script for spelling or grammatical errors.