
Even from this distance, can yiu see the second RFID logo compared to the one on thr left?
Tujuan aduan ini adalah untuk memastikan pengguna yang telah membeli pelekat RFID pada harga RM35 benar-benar dapat menikmati kemudahan perjalanan yang lancar (seamless) di plaza tol.
Walau bagaimanapun, penyediaan hanya dua lorong RFID masih belum mencukupi, terutamanya apabila salah satu lorong tersebut kurang menonjol dan tidak dilengkapi papan tanda yang jelas serta mudah dilihat dari jarak jauh mahupun dekat.
Akibatnya, kebanyakan pemandu akan tertumpu kepada lorong RFID yang lebih ketara dan berisiko terkandas apabila berlaku masalah kepada kenderaan di hadapan, seperti tag RFID gagal dikesan atau baki e-Wallet yang tidak mencukupi.
Keadaan ini menyebabkan aliran trafik terganggu dan pengguna lain terpaksa menunggu walaupun terdapat lorong RFID kedua. Selain itu, dalam situasi sedemikian, pengguna masih perlu bergantung kepada kad Touch 'n Go sebagai alternatif.
Sedangkan salah satu tujuan penggunaan RFID adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai kad dan aplikasi pembayaran. Pengguna tidak seharusnya dibebankan dengan keperluan menyelenggara terlalu banyak kad dan aplikasi mudah alih, yang masing-masing memerlukan baki atau deposit tersendiri.
Comments
Post a Comment