Skip to main content

Cadangan kepada PDRM

 


Di negara Afrika Selatan, terutamanya Johannesburg, masalah jenayah itu amat besar. Pagar keliling tempat penginapan dan hotel dibekalkan dengan elektrik untuk mencegah bukan sahaja monyet, tetapi orang memanjat pagar.

        Di sini juga saya melihat bagaimana polis Afrika Selatan menjalankan tugas memerangi jenayah. Seperti apa yang kita dapat lihat dalam tayangan seperti siri NYPD, kenderaan polis juga ditempatkan di persimpangan-persimpangan yang strategik. Dua atau mungkin tiga orang akan menunggu dalam kereta peronda mereka. 

        Apabila berlaku sebarang jenayah dan mereka dihubungi menerusi saluran radio, kereta peronda akan mengejar ke tempat yang terdekat.

        Begitu juga saya dengar bagaimana Polis Singapura menggunakan strategi yang sama. Saya difahamkan oleh abang saudara saya yang berkhidmat dengan Polis Singapura, mereka ada balai kecil di setiap pelusuk republik itu. 

        Dulu banyak pertengkaran antara puak kongsi gelap, tetapi apabila ini berlaku, mereka akan cekup dengan cepat sehingga samseng-samseng ini tidak dapat melarikan diri.

Gunakan Strategi ini di Malaysia 

        Di Malaysia, kereta peronda akan mengikut satu jalan rondaan mereka. 

        Ini masalah yang saya boleh lihat: 

        (a) Cara ini memerlukan perbelanjaan minyak serta maintenance yang tinggi untuk seluruh negara

        (b) Kereta peronda mungkin tidak dapat bergerak dalam keadaan kesesakan trafik apabila menerima maklumat tentang kes jenayah, dan ini memakan masa yang lebih lama untuk sampai ke tempat kejadian.

        (c) Tidak dapat dinafikan bahawa anggota-anggota sebelum ini akan mengadakan 'roadblock' sesuka hati tanpa diketahui oleh ketua mereka. Dua buah kenderaan peronda misalnya akan berhenti di tepi jalan, keluarkan kon dan memeriksa kenderaan yang sepatutnya kerja JPJ dan cuba menyaman orang yang menggunakan telefon bimbit. Ini sering berlaku di kawasan saya terutama sekali sebelum Hari Raya Aidil Fitri. 


        (d) Anggota juga biasa ternampak di tepi jalan memberhentikan kereta di tepi jalan. Jikalau ini melibatkan penjenayah, kita puji, tapi van yang dipandu oleh pakcik tua pun diperiksa. Seorang rakan kontraktor beritahu saya sambil merungut beberapa tahun lalu van yang dipandunya kena 'saman' lagi. 

        Saya mecadangan kepada PDRM menggunakan cara seperti di Singapura dan Afrika Selatan:

        (a) Tempatkan dua atau tiga anggota di tempat perumahan yang ada tempat yang disediakan untuk mereka. Penduduk setempat akan merasa lebih selamat. Pergaulan mesra antara penduduk setempat dengan polis itu akan juga bertambah baik. 

        (b) Kenderaan MPV atau motosikal mereka diletakkan di tempat yang strategik untuk mereka terus bertindak apabila mendapat maklumat tentang kes jenayah. 

        (c) Anggota-anggota yang berada di tempat yang terdekat perlu bertindak segera. Mungkin dua atau tiga team akan bertindak segera untuk mencekup kenderaan penjenayah.  Ini penting kerana biasanya bila kereta peronda sampai di tempat kejadian, penjenayah sudah pun melarikan diri. Betul tak? 

        (d) Semasa mengejar kenderaan yang melarikan diri, anggota-anggota di kedudukan lain boleh bertindak segera juga.

        Ini sama seperti permainan bola sepak di mana setiap pemain ditempatkan di kedudukan yang strategik itu akan memainkan peranannya yang tertentu. 

        Harap cadangan ini akan diterima semua dan kita akan dapat berbangga dengan PDRM yang cukup mantap dalam tugasan harian mereka untuk membanteras jenayah. Ini peranan PDRM yang sebenarnya. 





 

Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...