Skip to main content

Mari kita jayakan projek kitarbalik Negeri Selangor.

Mari kita jayakan projek kitarbalik Negeri Selangor. Walaupun ini sudah agak lama sebelum Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat Projek mengutip barang-barang kitar balik seperti plastik, kertas dan logam, namun projek ini perlu dijayakan dengan sepenuh sokongan daripada setiap rakyat negeri Selangor demi menjaga alam untuk kepentingan masa depan anak-anak kita.


Sepatutnya, kerajaan negeri Selangor mengimplementasikan pengasingan bahan kitar semula seperti kertas, plastik dan logam tetapi nampaknya kecenderungan mereka sekarang lebih tertumpu terhadap pembinaan Insinerator. 

Jikalau kerajaan negeri Selangor tidak mengambil inisiatif untuk mendidik rakyat Selangor untuk memisahkan bahan kitar balik daripada rumah mereka, untuk memudahkan kerja kitar balik ini daripada menggunakan tenaga kerja yang besar, biar kita asingkan saja plastik dalam satu beg, surat khabar dan semua jenis kertas dalam satu beg lagi dan bahan-bahan logam yang masih boleh dikitar balik dalam satu beg lain.

Sebenarnya saya telah pun mengambil inisiatif untuk mengurangkan pembuangan sampah daripada rumah saya dengan cara mengumpulkan bahan bagi kitar balik dalam tiga plastik untuk dikutip oleh lori sampah.

Bergantung kepada tempat kediaman  Datuk/ Dato’/ Tuan/?Puan, jadualnya berlainan.

Yang pentingnya anda meletak beg-beg dengan bahan kitar balik di luar rumah pada malam sebelum lori kitarbalik datang mengutip keesokan harinya. 

Selamat Kitar balik, semoga ini akan membawa lebih manfaat kepada anda semua. Terima kasih.









https://selkitar.com.my/







Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...