Cadangan Inisiatif Strategik Kawalan Keselamatan dan Penjimatan Bahan Api PDRM melalui Pendekatan Kepolisan Setempat



Gambar yang dihasilkan oleh Microsoft Copilot (AI) ini tidak tepat
tetapi cukup untuk menunjukkan beberapa anggota polis berkejar ke kereta peronda mereka selepas menerima panggilan kecemasan



1. TUJUAN 

Tujuan memorandum ini adalah untuk mengemukakan cadangan strategik bagi meningkatkan keberkesanan operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menjimatkan kos bahan api dalam menghadapi situasi ketidaktentuan global di Timur Tengah yang memberi kesan kepada harga petrol.

Mengikut jangkaan Gemini, ini dapat menjimatkan perbelanjaan mencecah ratusan juta jika Model Rondaan Bergerak Tradisional (biasa di Malaysia) diganti dengan Model Zon & Respons Pantas NYPD atau lebih dikenali sebagai sector‑based patrol system di mana kenderaan peronda diposisikan di tempat yang tetap dans trategik (“steady sectors”) dan akan bertindak apabila adanya panggilan kecemasan. Kenderaan peronda di bandaraya-bandaraya seperti New York dan Johannesberg tidak meronda keliling bandararaya sepanjang masa. Dalam ertikata lain, NYPD secara rasmi mengamalkan sector car deployment dan fixed posts untuk kecekapan tenaga dan kos operasi.


Kenderaan peronda NYPD diparkir di tepi jalan.
Pegawai sedang memberi respons kepada panggilan kecemasan.


2. LATAR BELAKANG DAN PEMERHATIAN

Cadangan ini adalah hasil pemerhatian dan perbincangan saya bersama pihak berkuasa di Singapura dan Johannesburg, serta rujukan kepada model kepolisan di bandar-bandar besar di bandaraya-bandaraya di mana kes jenayah amat tinggi seperti New York (NYPD). Model ini menekankan kehadiran anggota polis di lokasi-lokasi statik yang strategik berbanding rondaan bergerak tanpa henti.


3. CADANGAN PELAKSANAAN


Anggota dan unit peronda dicadangkan untuk ditempatkan secara tetap di persimpangan jalan utama dan titik panas (hotspots) strategik. Antara lokasi yang dicadangkan adalah seperti berikut di mana kenderaan peronda atau motosikal mereka juga diletakkan di tempat yang mereka boleh ambil dan bergerak dengan pantas.


• Bilik pengawal kawasan perumahan sedia ada. Mereka tidak akan menjalankan tugas sebagai pengawal sekuriti, cuma berada di situ jika ada tempat teduhan seperti pondok beat polis.

• Kawasan tumpuan awam seperti bank atau premis perniagaan (kedai makan/mamak). Bank juga mempunyai keselesaan hawa dingin mereka. Bukan saja pelanggan-pelanggan bank akan berasa lebih selamat, tetapi ini akan menjalinkan lagi pergaulan antara penduduk setempat dengan aggota polis yang berkhidmat.

• Persimpangan jalan utama yang membolehkan tindakan pantas diambil tanpa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


4. JUSTIFIKASI DAN MANFAAT



Pelaksanaan inisiatif ini dijangka akan memberikan impak positif seperti berikut:

Tindakan Pantas dan Pengepungan: Anggota yang sedia ada di lokasi strategik dapat bertindak serta-merta apabila menerima maklumat kecemasan dan memudahkan operasi mengepung jalan keluar sekiranya berlaku kes jenayah.

Penjimatan Kos Operasi: Pengurangan rondaan bergerak yang tidak perlu akan menjimatkan penggunaan minyak petrol secara signifikan. Gemini menganggarkan penjimatan ini boleh mencecah RM240 juta setahun (sebarang kiraan harus menggunakan harga pasaran terkini untuk mendapat gambaran sebenarnya kos mengendalikan rondaan secara bergerak berterusan dan bukannya Ron 95 bersubsidi). Dana yang dapat dijimatkan boleh disalurkan semula untuk kebajikan warga PDRM, termasuk penambahbaikan kemudahan serta sokongan kesejahteraan, atau digunakan bagi menambah baik struktur gaji dan imbuhan agar setara dengan profesion lain yang mempunyai tahap risiko dan tanggungjawab yang sebanding.


Meningkatkan Keyakinan Rakyat: Kehadiran fizikal anggota polis (omnipresence) di kawasan awam memberikan rasa selamat kepada masyarakat.

Hubungan Komuniti: Pendekatan ini membolehkan anggota polis berinteraksi secara lebih santai dengan rakyat, sekaligus mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat setempat.

5. PELAN KOMMNUNIKASI 

Sebelum pelancaran Sistem kepolisan ini pelan komunikasi perlu dilakarkan terlebih dahulu supaya rakyat faham tujuan sistem ini dan bagaimana ia beefingsi. Antara langkah-langkah komunikasi yang diperlukan:
(A) siarkan dalam televisyen dan semua media sosial satu documentary menunjukkan bagaimana sistem ini beroperasi. Ini juga untuk tujuan mendidik orang awam supaya tidak menghalang kereta peronda yang parkir ti tempat awam. Modus operandinya juga perlu dilakunkan untuk memberi penerangan kepada orang awam berkenaan dengan keberkesanan sistem ini terutama sekali dengan tujuan menunjukkan bagaimana polis boleh menepung penjenayah yang cuba melarkan diri. Cara ini memang pernah digunakan di negeri Singapura dan Hong Kong di mana berlaku banyak pergaduhan di antara samseng-samseng kongsi gelap. 
(B) Pelancaran oleh Perdana Menteri bersama Ketua Polis Negara. Tujuan sistem ini juga perlu diterangkan sekali lagi oleh PM (Dari segi ekonomi) dan KPN (Dari segi keberadaan anggota secara berselerak untuk mengurangkan masa respons kepada panggilan kecemasan serta perjalinan hubungan dengan komuniti setempat. 
(C) KPN perlu beri laporan Dari masa ke seamasa berapa banyak penjenayah wang tersebut dan bagaimana ianya disalurkan balik kepada warga PDRM.

5. PENUTUP


Walaupun idea ini mungkin memerlukan tinjauan mendalam dari segi praktikaliti operasi, ianya sudahpun lama dipraktikkan di Bandaraya New York dan Johannesberg, Afrika Selatan.

Saya percaya impak sosial dan jalinan hubungan baik dengan masyarakat adalah jauh lebih berharga di samping dapat membantu mengawal perbelanjaan minyak yang semakin melambung tinggi untuk minyak yang mengikut harga tanpa subsidi.

Cadangan ini diharap dapat dipertimbangkan sebagai salah satu usaha inovatif dalam memodenkan strategi kepolisan negara. Kehadiran anggota polis secara 'omnipresent' ini adalah jauh lebih efektif untuk membuat respons yang cepat di tempat kejadian, daripada mangsa terpaksa menunggu kereta peronda berkejar ke tempat kejadian. Dengan siren yang kuat, penjenayah sudahpun melarikan diri apabila kereta peronda sampai ke tempat kejadian.

Sebagai rujukan tambahan, cadangan ini juga selari dengan semangat fleksibiliti dan kebajikan penjawat awam yang sentiasa menjadi tumpuan kerajaan, sebagaimana yang disentuh dalam pengumuman baru-baru ini mengenai aturan kerja yang lebih


Comments

Popular Posts