Skip to main content

Aduan Sifar boleh Dicapai

 



Apa ceritanya, baca untuk ketahui 

Aduan Sifar memang boleh dicapai jikalau penjawat awam terutama sekali mereka yang berada dalam kategori Pengurusan itu memaparkan sikap yang lebih proaktif, seperti dalam contoh ini.

Saya meneriima satu video seperti yang di atas yang dibuat oleh seorang rakyat biasa menggunakan gambar Google Earth. Beliau  tidak dapat mengambil gambar di tempat kejadian tersebut kerana kelajuaan kenderaan yang datang dan Jalan Kepong yang boleh menyebabkan kemalangan dan nyawa tergadai begitu saja. 

Selepas mendengar video tersebut walaupun ianya dibuat menggunakan dialek Kantonis yang biasa digunakan antara kami berdua, saya membuat hantaran video ini kepada Tuan Narendran Maniam, Ketua pegawai eksekutif IWK untuk tinjauan beliau.  

Selepas beberapa ketika, beliau memberitahu bahawa team dari IWK akan pergi siasat. 

Dalam masa yang singkat sahaja, Narendran memberi maklumbalas: 

“Paip air kumbahan kami pecah 450cm RCP. Ini disebabkan cerun dan longkang yang runtuh menyebabkan kerosakan paip tersebut. Kita akan melantik kontraktor kami buat kerja pembaikan secepat mungkin.”  

“Kerosakan paip kami disebabkan oleh cerun yang runtuh.” 

“Terimakasih atas perkongsian anda.”






Andaikata kawan saya tidak mengambil masa untuk memberitahu kami tentang masalah ini, ataupun beliau cuba menelefon pihak berkuasa tempatan (PBT), tidak mungkin pihak IWK akan tahu tentang perkara ini. Lebih-lebih lagi, rakan saya akan berasa kecewa jika kerani di PBT tidak mahu ambil tahu lebih lanjut lagi berkenaan perkara ini, ataupun tidak sampaikan maklumbalas ini kepada pegawai berkenaan, maka air kumbahan ini akan terus memasuki longkang tanpa diketahui oleh pihak IWK. Sebagai Ketua pegawai eksekutif, beliau hanya ada dua mata saja dan tidak dapat meronda seluruh negara untuk mendapat tahu apa yang berlaku di tapak. 

Ini membawa saya balik kepada perbincangan saya dengan Datuk Bandar Petaling Jaya yang amat saya hormati kerana beliau merupakan seorang penjawat awam yang mendapat hormat saya yang tertinggi. Sekali dalam tahun ini beliau mengucapkan terimakasih kepada saya kerana sering menghantar aduan dan gambar berkenaan lubang jalan atau lampu isyarat yang rosak kepada beliau. Secara spontan saya menjawab, “Datuk, ini bukan aduan, tapi maklumbalas. Aduan itu hanya jikalau maklumbalas ini tidak diambil berat dan jalan tidak diperbaiki langsung, Datuk.” 

Saya teruskan, “Bila maklumbalas itu tidak disantuni dengan baik, barulah itu menjadi satu aduan, dan kemudiannya menjadi isu besar apabila berlaku kemalangan motorsikal terjatuh, dan penunangnya terbunuh.” 

Tetapi kerana sikap Datuk Bandar dan penjawat awam MBPJ yang proaktif, segala maklumbalas yang diberi selalunya disantuni dengan baik. Ini membawakan pujian dari warga Petaling Jaya. Seorang rakan saya juga memuji MBPJ kerana jalan-jalan di sini lebih cantik berbanding dengan jalan-jalan di bahagian Kuala Lumpur atau Subang Jaya. 

Saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang saya belajar dari sistem EQ (Excellence thru Quality) yang saya masih ingat lagi walaiupun sudah 30 tahun. Antaranya ialah: 

1) Zero Complaints (Aduan Sifar). Ini memang dapat dicapai jikalau pantauan dibuat oleh pihak Pengurusan selalu atau menerusi sistem SISPAA di mana pihak Pengurusan kerajaan sendiri ingin ambil tahu apakah yang berlaku di tapak. Saya masih ingat lagi apabila saya rasa segan nak hantar gambar lubang jalan kepada Datuk bandar sendiri, tetapi apabila saya minta nombor WhatsApp MBPJ untuk saya hantarkan gambar-gambar ini, beliau hanya jawab, “Tak apa, hantar saja pada saya.” Beliau memang faham sikap sesetengah penjawat awam yang hanya akan buat kerja kalau diarah oleh Datuk Bandar sendiri. Sikap ini perlu berubah terutama sekali kerana Malaysia semakin maju sebagai sebuah negara yang modem. Datuk Bandar Petaling Jaya juga ingin tahu sendiri apa yang berlaku di tapak; dan dengan usaha “mata-mata” (secara sukarelawan) ini, beliau boleh tahu selok-belok Bandaraya Petaling Jaya di mana ada lubang atau penutup manhole yang terbenam.Dari aspek ini, Kuala Lumpur memang kalah,  kerana walaupun Jalan Bukit Maluri dan Jalan Lang Mas sudah dimaklumkan kepada menteri dan Aduan Pothole (+60 11-6239 6652) beberapa kali, namun jalan tersebut masih teruk sehingga hari ini. Saya terasa ingin membawa perasaan tidak puas hati kepada press tetapi saya tahu menteri dan Datuk Bandar Fadlun Mak Ujud memang sibuk dalam pelbagai hal yang sanggup mereka lakukan berbanding dengan berpuluhan tahun tanah lapang tidak diwartakan sebagai tanah rizab. Kerana itu, saya sanggup lagi bersabar tetapi mereka harus tahu kedua-dua jalan ini dalam keadaan yang amat teruk sekali.

2) Price of Non-Conformance (PONC): Ajaran Philip Crosby, guru kualiti itu, juga menyebut PONC itu jauh lebih tinggi jika sesuatu kerja tidak dibuat dengan betul. Jikalau kerja odit forensik dibuat, saya percaya juru odit akan dapat berjumpa dengan corak pembaziran dan ketirisan dana PBT. Misalannya satu kerja itu dibuat dua atau tiga kali kerana apa yang dibuat tidak dapat menyelesaikan masalah. Itu sebab Phil Crosby sering kata, “Do it right the first time!” 

3) Kalau slogan “Do it right the first time!”dipatuhi, maka jumlah perbelanjaan itu (atau Price of Comformance) itu adalah jauh lebih rendah. 

4) Meeting Customer Requirement: Ini bermakna kita perlu faham apa yang diminta oleh pelanggan kita, iaitu penduduk setempat dan kita usaha sedaya-upaya untuk memenuhi cita hasrat mereka. Misalannya mereka memerlukan jalan yang tidak cepat rosak. Jadi kita kenalah pastikan tidak berlaku banjir kilat selalu dan ini memerlukan saliran air yang baik. Untuk memenuhi hasrat pelanggan kita, bukan sahaja jalan perlu diturap semula tetapi saliran air yang baik perlu diperbaiki dan sentiasa dibersihkan supaya air hujan dapat disalirkan terus ke dalam longkang. Apabila banjir berlaku, jalan tar itu akan cepat rosak. 

Kesimpulannya jika kita memahami sistem kualiti ini, dan mengikutinya, saya percaya sistem pentadbiran terutamanya di peringkat Kerajaan tempatan akan bertambah baik, tanpa pembaziran dana kerajaan sehingga belum akhir tahun kita sering dengar PBT tidak ada bajet lagi. Dengan sistem kualiti yang baik, cukai taksiran dapat dikurangkan kerana dana yang ada dapat diperkukuhkan lagi tanpa pembaziran dan ketirisan yang sering dilaung-laungkan oleh pihak Pejabat Akauntan Negara. Kerana inilah saya telah mencadangkan kepada mantan Ketua Akauntan Negara Tan Sri Madinah untuk menubuhkan team odit yang boleh masuk agensi kerajaan bila-bila masa untuk membuat odit secara spontan. Cadangan ini telah berhasil, dan saya berharap, selepas odit dibuat, rujukan kepada beberapa agensi lain akan dapat mencegah agensi-agensi kerajaan dari membazir dana kerajaan dengan sewenang-wenangnya. 



Amat menghairankan kenapa lorong kedua RFID itu (di lorong ke empat jika dikira dari kiri) walaupun wujud, tidak ada paparan logo myRFID pada lorong tersebut sedangkan lorong-lorong lain ada papan tanda TNG dan Smart Tag. Yang ada hanya satu logo MyRFID yang anat kecil atas bumbung sementara banyak kenderaan selalu tersangkut dan queue panjang di satu lagi lorong di sebelah kanan. 


Sila baca seterusnya: 



Comments

Popular posts from this blog

IN ALL FOUR LANGUAGES: Ampun Tuanku, Kerajaan Madani sekarang dalam pandangan saya…

My text is in Malay, but the text in English, Mandarin and Tamil below is provided by Artificial Intelligence.” Teks saya dalam Bahasa Malaysia tetapi Teks bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil di bawah dibekalkan oleh Artificial Intelligence:  Daulat Tuanku, beribu-ribu ampun.  Bukan saja di Malaysia, rakyat mengalami kos saraan hidup yang tinggi tetapi selepas Pandemik Covid, banyak negara mengalami isu yang sama.  Secara ringkas, pinjaman negara meningkat selama ini disebabkan masalah 1MDB, pandemik dan interest yang perlu dibayar.  Berbanding dengan zaman DrM di mana elit yang mendapat bantuan, tetapi masih memerlukan bailout termasuklah anak Dr M sendiri.  Dalam era DSAI, ekonomi beliau yang berteraskan B40 dan M40, ini yang rakyat hendak lihat. Semua bantuan yang disalurkan kepada golongan ini akhirnya juga dapat mempertabatkan GDP dan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Tuanku.  Dana yang digunakan untuk membantu raykat sekalian akhirnya juga akan m...

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...