Skip to main content

In three languages: Nominasi saya untuk seorang penjawat awam

 


Petang semalam, saya menerima gambar di atas yang sangat menyentuh hati. Lebih-lebih lagi apabila melihat ibu dan anak ini akhirnya dipertemukan semula—sebuah momen penuh kasih yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ibunya hidup dalam kegelisahan apabila anaknya menghilangkan diri selama beberapa bulan tanpa sebarang khabar. Tiada berita, tiada hubungan—hanya kerisauan yang berpanjangan. Namun, selepas tentera Myanmar menyerbu sebuah pusat penipuan di Tachileik, sinar harapan akhirnya muncul.

Seramai 37 rakyat Malaysia telah diselamatkan dalam operasi tersebut. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh sebulan, Kedutaan Malaysia di Yangon hanya berjaya mengenal pasti tidak lebih daripada 17 orang yang benar-benar warganegara Malaysia. Yang lain masih menunggu keluarga dan sanak saudara mereka menghubungi pejabat kementerian luar negeri untuk memberi butir-butir yang dapat disahkan sahih. 

Harizz Amirul Ahmad Fazir

Selama dua bulan sejak saya dimaklumkan mengenai seorang anak muda kepada rakan saya Lilian Yap dari Ipoh bernama LJM, Mohd Harizz Amirul Ahmad Fazir (Setiausaha Ketiga pejabat Konsular Malaysia di Myanmar) 
tidak pernah berhenti mengikuti perkembangan anak-anak muda yang masih berada di Tachileik. Setiap kali saya menghubungi beliau, sama ada pada waktu pagi mahupun malam, beliau sentiasa memberikan maklum balas tentang keadaan mereka di sana. Maklumbalas beliau selalu bermula dengan perkataan, "Saya baru pulang dari Tachiliek...." 

Pernah satu ketika, anak-anak muda tersebut memaklumkan kepada keluarga mereka bahawa berlaku jangkitan batuk dalam kalangan mereka. Mereka meminta wang untuk membeli ubat. Namun, Tuan Harizz menjelaskan bahawa pihak berkuasa Myanmar sebenarnya tidak mempunyai masalah dengan bekalan ubat batuk. Tambahan pula, terdapat seorang doktor rakyat Malaysia yang turut berada bersama mereka dan memberikan rawatan dengan penuh tanggungjawab.

Saya juga mendapati bahawa Tuan Harizz kerap berulang-alik ke Tachileik bagi memastikan keselamatan serta kebajikan anak-anak muda kita sentiasa terjaga. Sepanjang masa ini beliau sering berkomunikasi dengan ibubapa anak-anak muda ini untuk memberitahu mereka bahawa anak mereka selamat di Tachiliek. 

Usaha beliau bukan hanya tertumpu kepada kes 37 rakyat Malaysia ini yang dibenarkan pulang kerana tidak ada kes mahkamah. Dua tahun lalu, beliau turut terlibat dalam pengendalian kes melibatkan 121 rakyat Malaysia yang diselamatkan oleh pihak polis China selepas menyerbu pusat penipuan di Myanmar. Saya juga ingin menyebut bahawa pada ketika itu, Timbalan Perdana Menteri kita turut memainkan peranan penting apabila beliau mendapat kelulusan Kabinet Kerajaan Madani untuk menyewa sebuah pesawat khas untuk membawa pulang mangsa-mangsa ini ke tanah air.

Datuk Seri Fadillah Yusof

Tanpa bantuan YAB Datuk Seri Fadillah Yusof, usaha menyelamat ini mungkin mustahil dilaksanakan. Hal ini lebih-lebih lagi apabila terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan meminta bayaran sehingga RM10,000 daripada keluarga mangsa  pulang anak-anak mereka, dan kebanyakan mangsa-mangsa ini adalah dari keluarga yang tidak berkemampuan membayar wang tersebut. Antara mereka juga ramai adalah anak kepada ibu-ibu tunggal. 

Memandangkan keadaan keselamatan di Myanmar yang tidak menentu, hubungan baik antara Datuk Seri Fadillah dan kepimpinan China telah membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan laluan melalui Kunming bagi pulang ke tanah air. Ini memperlihatkan betapa pentingnya hubungan diplomatik yang kukuh antara negara dalam menangani situasi genting seperti ini.

Dalam kedua-dua insiden ini, sebagai rakyat biasa, penglibatan Tuan Harizz amat dihargai dan saya sebagai seorang rakyat biasa ingin mencadangkan beliau diberikan pengiktirafan tertinggi atas jasa dan pengorbanan beliau dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia—satu isu yang semakin membimbangkan.

Jasa Tuan Harizz merupakan contoh teladan seorang anak muda Malaysia yang benar-benar berkhidmat dengan penuh dedikasi, demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mangsa yang terperangkap dalam sindiket penipuan antarabangsa.




Yesterday afternoon, I received the photo above, which was deeply moving. Even more so when seeing this mother and child finally reunited—a moment so full of love that it is difficult to describe in words.

The mother had been living in constant anxiety after her child went missing for several months without any news. No updates, no contact—only prolonged worry. However, after the Myanmar military raided a scam center in Tachileik, a glimmer of hope finally appeared.

A total of 37 Malaysians were rescued in the operation. However, over the course of a month, the Malaysian Embassy in Yangon was only able to identify no more than 17 of them as Malaysian citizens. The rest are still waiting for their families and relatives to contact the Ministry of Foreign Affairs to provide verifiable information.


For two months, since I was informed about a young man known to my friend Lilian Yap from Ipoh, named LJM, Mohd Harizz Amirul Ahmad Fazir (Third Secretary of the Malaysian Consular Office in Myanmar) has never stopped following the progress of the young people still in Tachileik. Every time I contact him, whether in the morning or at night, he always provides feedback on their situation there. His feedback always begins with the words, 'I just returned from Tachileik....'


At one point, the youths informed their families that there was a cough outbreak among them and asked for money to buy medicine. However, Mr. Harizz clarified that the Myanmar authorities had no shortage of cough medication. Moreover, a Malaysian doctor was also there, providing responsible medical treatment.

I also learned that Mr. Harizz frequently traveled back and forth to Tachileik to ensure the safety and welfare of our youths. Throughout this time, he maintained regular communication with their parents, assuring them that their children were safe.

Datuk Seri Fadillah Yusof

His efforts were not limited to the 37 Malaysians who were allowed to return as there were no court cases. Two years ago, he was also involved in handling a case involving 121 Malaysians rescued by Chinese police after a raid on a scam center in Myanmar. At that time, our Deputy Prime Minister played an important role by securing Cabinet approval to charter a plane to bring the victims home.Without the assistance of YAB Datuk Seri Fadillah Yusof, the rescue effort might have been impossible. This was especially so when certain parties took advantage of the situation by demanding up to RM10,000 from victims’ families to bring their children home—many of whom could not afford such payments. Many of the victims were also children of single mothers.

Given the uncertain security situation in Myanmar, the strong relationship between Datuk Seri Fadillah and China’s leadership enabled Malaysians to travel via Kunming on their journey home. This highlights the importance of strong diplomatic ties in handling such critical situations.

In both incidents, as an ordinary citizen, I deeply appreciate Mr. Harizz’s involvement. I would like to recommend that he be given the highest recognition for his contributions and sacrifices in bringing home Malaysians who have fallen victim to human trafficking—an issue that is increasingly concerning.

Mr. Harizz’s service is a shining example of a young Malaysian who serves with true dedication, ensuring the safety and well-being of victims trapped in international scam syndicates.


✅ Mandarin (Simplified Chinese Translation)

昨天下午,我收到了上述这张令人深受感动的照片。尤其是看到这位母亲与孩子终于重逢——这一充满爱意的时刻,实在难以用言语形容。

这位母亲在孩子失踪数月、毫无消息的情况下,一直生活在焦虑与不安之中。没有音讯,没有联系——只有长时间的担忧。然而,在缅甸军方突袭位于大其力(Tachileik)的诈骗中心后,一线希望终于出现。

此次行动共解救了37名马来西亚公民。然而,在一个月的时间里,马来西亚驻仰光大使馆仅成功确认其中不超过17人为马来西亚籍。其余人员仍在等待家属联系外交部,以提供可核实的相关资料。

自从我获悉怡保好友Lilian Yap的一位名叫LJM的年轻人(的情况)已有两个月了,马来西亚驻缅甸领事馆三等秘书Mohd Harizz Amirul Ahmad Fazir从未停止过跟进那些仍身处大其力(Tachileik)的年轻人的近况。每当我联系他时,无论是清晨还是深夜,他总是能及时反馈他们在那里的情况。他的反馈总是以这句话开头:‘我刚从大其力回来……’

曾有一次,这些年轻人告知家人他们当中出现咳嗽感染,并请求家人提供资金购买药物。然而,哈里兹先生澄清说,缅甸当局并不缺乏止咳药。此外,还有一名马来西亚医生随行,为他们提供专业且负责任的治疗。

我也了解到,哈里兹先生频繁往返大其力,以确保我国年轻人的安全与福祉。在此期间,他持续与家属联系,向他们保证孩子们一切安好。

他的努力不仅局限于这37名因没有涉及法庭案件而获准回国的马来西亚人。两年前,他还参与处理另一宗案件,涉及121名在缅甸诈骗中心遭中国警方突袭后获救的马来西亚人。当时,我国副首相也发挥了关键作用,成功获得内阁批准包机将受害者送返国。

若没有拿督斯里法迪拉·尤索夫的协助,这项救援行动几乎不可能完成。尤其是在一些人趁机向受害者家庭索取高达1万令吉费用以协助带回孩子,而多数家庭根本无力支付。此外,不少受害者也是单亲母亲的孩子。

鉴于缅甸局势不稳定,法迪拉与中国领导层之间的良好关系,为马来西亚公民提供了经由昆明回国的通道。这凸显了稳固外交关系在应对紧急局势中的重要性。

在这两起事件中,作为一名普通公民,我对哈里兹先生的贡献深表感激。我诚挚建议应给予他最高的表彰,以肯定他在协助拯救并带回遭受人口贩卖的马来西亚公民方面所作出的奉献。这一问题正日益令人担忧。

哈里兹先生的事迹,展示了一位马来西亚年轻人以高度奉献精神服务社会的典范,致力于保障那些被困于国际诈骗集团受害者的安全与福祉。

Comments

Popular posts from this blog

My heart will go on

  It must be at least twenty years ago when I first encountered Malaysia’s very own Stevie Wonder, Colin Ng Soon Beng. It was during Chinese New Year, at the home of a mutual friend. Colin was only about ten years old then. His mother introduced him to me as a “special child.” She said, “Pick a song. We’ll play it for Colin to listen, and he will play it back for you.” I chose My Heart Will Go On from Titanic. To this day, Colin still remembers that it was the song he played for me. Born with multiple disabilities, Colin’s journey has been anything but ordinary. Being visually impaired, he could not learn music the way most children do. Yet God blessed him with an extraordinary gift: a razor-sharp ear. He could identify the brand of a photocopier or the model of a car simply by hearing its sound. His mother, Janet, devoted her life to nurturing his talent. After losing her husband when Colin was 24, she became not only a mother but also a father figure, chauffeur, and companion in ...

DALAM EMPAT BAHASA/ IN FOUR LANGUAGES/在四种语言中/ நான்கு மொழிகளில்: A Piece of Good News Worth Celebratinng

Akhirnya, anak Sarawak ini — Soliman Wan — telah menerima kewarganegaraannya! Dilahirkan 52 tahun lalu di kawasan pedalaman Sarawak, bukan sesuatu yang mudah bagi ayah dan ibunya untuk ke bandar bagi mendaftarkan kelahriannya. Tambahan pula, pada waktu itu, ramai penduduk di Sabah dan Sarawak kurang memahami kepentingan dokumen rasmi sebagai bukti status kewarganegaraan. Soliman dilahirkan pada tahun 1974, ketika Malaysia baru berusia 13 tahun. Kefahaman mengenai kewarganegaraan masih belum begitu meluas, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan dan sistem pendidikan negara. Kehidupan Soliman sebagai seorang pastor penuh dengan cabaran. Tanpa kewarganegaraan, beliau tidak dapat memiliki kad pengenalan, memohon pasport, membuka akaun bank, dan pergerakannya sangat terhad, malah di dalam negara sendiri. Gajinya terpaksa dibayar melalui akaun individu lain yang dipercayai. Kini, dengan penganugerahan kewarganegaraan ini, komuniti Kristian di gerejanya ...

Aduan Sifar: Tauladan Dato' Zahri Samingon menerajui Aduan Sifar untuk MBPJ perlu dicontohi oleh Yang DIPertua Majlis-majlis lain

  Saya amat kagum dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Zahri Samingon. Dalam satu perbincangan ringkas melalui WhatsApp, saya menyuarakan kebimbangan bahawa kesesakan lalu lintas yang ketara berkemungkinan berlaku di persimpangan Jalan 16/11 dan Jalan 17/1 dalam beberapa bulan akan datang. Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa satu lagi jemaah gereja berskala besar akan berpindah ke situ pada bulan Julai, yang hampir pasti akan menambah tekanan di persimpangan yang sedia sibuk tersebut. Dalam perbualan kami menggunakan WhatsApp, saya mengemukakan beberapa cadangan dan menjelaskan satu konsep yang saya percaya beliau sudah pun faham dengan baik, iaitu Zero Complaints (Aduan Sifar). Ini merupakan satu prinsip yang kami pelajari di bawah sistem Excellence Through Quality (EQ) yang diperkenalkan oleh guru kualiti Philip Crosby. Konsep Zero Complaints ini ringkas tetapi sangat berkesan—ia bermaksud bersifat proaktif : menjangka masalah dan menyelesaikannya sebelum ia menjadi isu awa...