Sudah tiba masanya sistem perkhidmatan awam kita, termasuk agensi seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), meninggalkan budaya kerja tradisional yang bersifat top-down (arahan dari atas ke bawah) dan terlampau terikat dengan birokrasi yang melumpuhkan tindakan. Beberapa perubahan asas yang kritikal harus dilaksanakan segera: Fokus Pelanggan (Customer-Centric) : Penjawat awam harus melihat rakyat dan pemilik hartanah sebagai pihak berkepentingan ( stakeholders ) yang patut dilayani dengan cekap, bukannya sebagai gangguan kepada tugas harian mereka. Sikap berlengah-lengah dan "menarik rembat" hanya mencerminkan kelemahan akauntabiliti. Turun Padang dan Menyelesaikan Masalah : Kerajaan perlu menetapkan dasar wajib di mana setiap pegawai di lapangan diberi kuasa penuh ( empowerment ) untuk menyelesaikan aduan di peringkat akar umbi. Masalah kecil rakyat tidak sepatutnya dibiar melarat sehingga berbulan-bulan atau terpaksa d...
Click on Malaysiaku, Negaraku above to read more articles on this blog. Please take this as just a blog to let go my feeling of disgust over what I see. Sometimes, I don't even bother checking the script for spelling or grammatical errors.